Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Rendang Cili Hijau Ayam Pencen. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Bukan time raya pun kita boleh masak rendang ye. Makan dengan pulut kuning, makan dengan nasi putih pun sedap. Ni dia, resepi rendang cili hijau ayam pencen untuk korang. Makan sampai licin pinggan dibuatnya.
Ayam pencen atau lebih di kenali sebagai ayam tua ni sangat popular semasa perayaaan. Sama ada raya haji atau raya puasa. Biasanya ayam pencen akan digunakan dalam masakan seperti rendang, ungkep dan ayam masak merah.
Senang je nak kenal ayam pencen atau ayam tua ni. Warna nya kekuningan dan telah di bakar untuk tujuan membuang bulu yang sukar dibuang menggunakan tangan. Maklumlah ayam tua katakan. Tapi ayam ni sedap ye. Yang biasa makan mesti tau rasanya.
Resepi rendang cili hijau ayam pencen ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Nazri Mat Zain. Ramai jugak yang share resepi ni. Boleh jugak buat hidangan di hari biasa ye.
Raya tahun ni aku belajar masak rendang ala Terengganu. InsyaAllah tahun depan panjang umur, nak masak rendang cili hijau ni pulak. Nampak menarik ye! Tapi macam biasa la, rendang ni banyak gunakan bahan masakan.
RESEPI RENDANG CILI HIJAU AYAM PENCEN
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan masakan yang diperlukan dalam penyediaan rendang cili hijau ayam pencen ni. Nak rasa nikmat ayam rendang guna la ayam pencen. Jom tengok step memasak kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam 3 ekor (dipotong macam biasa)
Bahan kisar :
- Bwg besaq 8 biji
- Bwg putih selabu
- Serai 16 btg
- Lengkuas 150g
- Halia 200g
- Kunyit hidup 6 pcs
- Buah keras 5 biji
- Jintan manis 2 SB
- Jintan Putih 2 SB
- Ketumbar 2 SB
- Cili akar @ cili api hijau 250g
- Cili hijau besaq 250g
Bahan lain :
- 2kg santan
- Garam, aji dan gula
- Kerisik
- Daun kunyit (dipotong halus)
CARA PENYEDIAAN RENDANG CILI HIJAU AYAM PENCEN :
▶️ Blender semua sekali dan tuang dalam kuali.
▶️ Masukkan ayam yang dipotong tadi kedalam kuali.
▶️ Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Gaul semua hingga sebati.
▶️ Masak diatas api perlahan dan kacau sekejap-sejap.
▶️ Masukkan santan 11/2kg. Bila rendang dah hampir kering sedikit masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
▶️ Masukkan kerisik secukupnya. Rendang ni kena masukkan minyak masak dalam 2 cwn jika masak guna santan kotak, kalau tak nanti rendang tu tak berminyak. Kalau guna santan segar tak perlu la. Kacau-kacau.
▶️ Bila ayam dah lembut, masukkan daun kunyit yang dipotong halus-halus.
▶️ Kacau-kacau dan angkat. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Cili Jeruk Yang Sedap, Rangup Dan Tahan Lama. Penambah Selera Makanan!
Wah! Mudah je kan. Angkat dan hidangkan rendang cili hijau ayam pencen kita. Kalau masak guna daging ayam, ayam tu kena goreng dulu, masak kuah hingga kering baru masuk ayam goreng. Kalau daging pulak, cara masak sama macam masak ayam tua.
Kalau perasan, tekstur ayam pencen ni lain banding ayam biasa. Tapi ramai yang suka beli untuk masak rendang. Time raya, masak rendang ayam pencen ni dah jadi trend. Nak sedap kena pakai ayam pencen. Sebab tu kalau lambat beli, melepas la makan ayam pencen raya nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Nazri Mat Zain kerana sudi berkongsi resepi masak rendang cili hijau ayam pencen ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!