Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bebola Kek Coklat Bercheese Yang Paling Sedap. Tak guna Tepung Tapi Guna Biskut Marie Je!
Mak-mak mesti sibuk je cuti sekolah ni kan. Nak hadap anak-anak kat rumah pening kepala juga dibuatnya. Nah, ajak anak-anak try resepi bebola kek coklat bercheese ni. Confirm anak-anak suka. Kek ni ala-Ala almond London gitu! Anak-anak confirm suka!
Apa yang menariknya, kek ni di buat tanpa menggunkan tepung. Hanya di ganti dengan biskut marie sahaja. Yang lagi syoknya, nak buat kek ni tak perlu bakar atau kukus. Tiada penggunaan oven dan jugak alat penggukus dalam resepi ni. Tersangatlah mudah!
Yang tak reti nak baking mesti seronok jumpa resepi ni kan. Dalam penyediaannya kek ni, kita hanya perlu double boil coklat masakan dan celup biskut marie yang dihancurkan dengan cheese tadi ke dalam coklat cair. Kemudian, sejukkan dalam peti. Siap!
Resepi bebola kek coklat masakan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Ramai giler yang teruja nak cuba buat kek ni. Sampai hari ni, bebola kek coklat bercheese ni dah dapat 43k share perkongsian di Facebook.
Ha, bila masa kek ni sesuai di buat? Korang boleh je buat kek ni bila-bila masa korang nak. Nak buat masa rasa nanti pun sesuai. Confirm tetamu korang suka. Tak cukup seketul dua nak makan nanti. Rasa dia tersangatlah sedap dan premium.
RESEPI BEBOLA KEK COKLAT BERCHEESE
Tak sabar pulak nak buat kek ni petang nanti. Benda yang viral, mudah dan sedap macam ni kena share kat ramai orang. Masing-masing boleh cuba kat rumah nanti. Resepi pun mudah. Jom kita tengok bahan-bahan dan step penyediaannya di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 peket biskut merie (perisa coklet atau asli)
- 250g cheese tatura
- Gula icing (optional)
- Coklat masakan
- Badam
CARA PENYEDIAAN BEBOLA KEK COKLAT BERCHEESE :
▶️ Mula-mula, kisar halus biskut marie dan gaul bersama cheese tatura.
▶️ Kalau nak lebih sikit manis, tambah je gula icing.
▶️ Bulat-bulatkan macam dałam gambar.
▶️ Double boiler coklat masakan.
▶️ Golek bebola dalam coklat cair. Kalau nak tabur badam, panggang sekejap.
▶️ Sejukkan, dah siap!
BACA JUGA : Resepi Sambal Penyet Ketagih Yang Paling Padu. Confirm Bertambah Selera Nak Makan Nanti!
Dah siap pun bebola kek coklat bercheese kita. Sedap giler weh! Ha, korang yang nak buat kena take note benda ni. Lepas celup dalam coklat cair, letak dalam paper cup dan terus masuk peti ais. Biarkan kek sejuk dan coklat membeku baru boleh makan.
Seriously, memang tak rugi korang buat kek ni kat rumah. Nak ambil hati anak-anak la katakan. Kalau cuti ni takde nak jalan mana-mana, korang ajak la anak-anak buat kek ni kat rumah. Berebut nak makan ye. Tak pasti, ada ke tak kek ni jual kat luar. Mesti mahal!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi bebola kek coklat bercheese ini di Facebook. Confirm korang fall in love dengan kek ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!