Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Agar-Agar Pandan Gula Melaka. Makan Sejuk-Sejuk Keluar Dari Peti Lagi Sedap!

0 73

Ada tak kat sini penggemar kuih agar-agar? Ha, meh la follow resepi agar-agar pandan gula Melaka ni kat sini. Confirm sedap weh! Sesuai jadi pemanis mulut lepas makan nanti. Hidang agar-agar ni sejuk-sejuk lagi sedap. Tak cukup sepotong nak makan nanti.

Dah nak masuk tahun baru kan. Pejam celik-pejam celik kita nak masuk tahun 2024 dah. Tanpa sedar umur pun dah semakin meningkat. Lepas ni dah masuk bulan puasa, lepas tu raya. Setahun zaman sekarang dah tak rasa habis 365 hari. Kejap sangat rasanya.

Mungkin sebab zaman kanak-kanak kita lebih banyak masa bermain dan masa dengan mak ayah. Beza pulak dengan kehidupan remaja kita sekarang. Masing-masing dah sibuk bekerja. Dan setiap hari kita yang ada 24 jam tu, tak terasa habis macam tu je.

Hari-hari cuti ni ambil kesempatan dengan keluarga. Boleh try masak-masak kat rumah. Memandangkan aku dah terpandang resepi ni lalu kat Facebook pepegi lagi. Terus aku plan nak buat. Ingat pulak time puasa, agar-agar ni kuih yang wajib mak aku buat.

Resepi agar-agar pandan gula Melaka ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Qasih Jue Aisya. Nak hidang agar-agar ni time majlis pun sesuai. Boleh la tetamu jadikan kuih ni sebagai pencuci mulut nanti.

RESEPI AGAR-AGAR PANDAN GULA MELAKA 

Gabungan dua rasa pandan dan gula Melaka ni memang padu ye. Tengok hasil dia pun lebih menarik dari agar-agar biasa yang kita buat sebelum ni. Jom tengok satu persatu bahan-bahan dan step penyediaan agar-agar ni kat bawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
Bahan untuk bahagian atas : 
  • 400g air
  • 250g air pandan
  • 300g santan (guna santan kara)
  • 10g agar-agar tali
  • 220g gula
  • 2 biji telur (pukul sekejap)
  • 1 sdk garam
  • Sedikit pewarna hijau

 

Bahan untuk bahagian bawah : 
  • 400g air
  • 150g gula merah
  • 60g santan (santan kara)
  • ½ sdk garam
  • 6g agar-agar tali

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR PANDAN GULA MELAKA : 
Cara penyediaan bahagian atas : 

▶️ Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur.

▶️ Kemudian, masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau baru cantik.

▶️ Masak sampai megelegak, biar dalam 4 ke 5 minit sampai pecah antara air dan santannya.

▶️ Tapis dan ambil warna hijau santan saja, tuang kedalam loyang dan sejukkan seketika.

Cara penyediaan bahagian bawah : 

▶️ Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur.

▶️ Masukkan gula merah bila dah larut, masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biar menidih, kemudian tapis.

▶️ Lorekkan sedikit permukaan atas bahagian hijau dengan sudu garfu, supaya melekat elok antara bahagian atas dan bawah.

▶️ Tuang agar-agar gula merah dan biarkan sejuk. Ok dah siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Perap Ikan Bakar Campur Petai. Buat Sekali Air Asam Lagi Sedap Nak Makan Nanti!

 

Wah! Serious memang teruja sangat dengan hasilnya. Dalam family kami, abah antara yang paling suka makan agar-agar. Setiap kali ramadhan, kuih ni tak pernah sekali takde kat dalam peti. Time berbuka je, nak makan agar-agar dulu baru pegi solat.

Bila sejuk agar-agar akan nampak macam 3 layer dengan sendirinya. Padahal lapisan yang kita buat tadi hanya ada 2 layer. Mungkin jugak di sebabkan penggunaan santan tadi. Automatik santan akan terasing dengan larutan gula. Cantik kan hasil agar-agar ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Qasih Jue Aisya kerana sudi berkongsi resepi agar-agar pandan gula Melaka yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open