Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mee Kari Utara Yang Mudah Nak Buat. Wajib Ada Sambal Untuk Penambah Rasa!
Ada tak peminat mee kari kat sini? Kali ni kita nak try resepi mee kari Utara ni kat rumah. Boleh makan banyak! Kuah dia tak muak makan ye. Pekat dan sedap sangat. Tak sedar sampai licin semangkuk dibuatnya!
Mee kari Utara ni memang famous. Penuh dengan lauk. Tapi kali ni kita nak masak sekali dengan penanbah rasa sambal udang kering. Takde sambal ni memang tak umppp la mee kari korang. Sambal udang kering ni memang sedap!
Kat tempat aku memang takde orang jual mee kari Utara ni. Dulu pernah member bagi aku rasa yang dia buat. Memang sedap weh! Sekarang dah duk asing-asing, terpaksa la aku belajar buat sendiri kat rumah. Boleh la buat lepas craving nanti.
Resepi mee kari Utara ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dari Doa Penenang Hati. Yang mana resepi asalnya dari Cik Puan Nurfatin Saleh. Korang tengok kat gambar je pun dah nampak keenakan mee kari ni. Sekali korang cuba, pasti nak lagi.
Kat Malaysia ada 2 jenis mee kari yang famous. Selain dari mee kari Utara, mee kari Muar pun antara yang ramai pengemarnya. Kedua-dua jenis mee ni ada keistimewaannya tersendiri. Yang dah pernah makan dua jenis mee kari ni mesti tahu.
RESEPI MEE KARI UTARA
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan mee kari Utara ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan di kisar – halus :
- 2 biji bawang besar
- 10 ulas bawang putih
- Halia 2 inci
- Serai 4 batang saiz sederhana
Bahan-bahan lain :
- Daun kari 1 tangkai
- Kulit kayu manis 1 batang
- Bunga lawang 3 kuntum
- Rempah daging 1 peket
- Rempah ikan 1 peket
- Santan kara 1 kotak (ikut suka nak letak lebih pun boleh)
- Kentang 2 biji rebus sampai empuk dan blend halus
- Ayam 1 ekor di potong cincang (daging pun boleh)
- Udang fresh dalam segenggam
- Fisg cake 1 peket (dihiris nipis)
- Fish ball 1 peket (potong 4)
- Sawi (dicelur)
- Kacang panjang (dicelur)
- Taugeh (dicelur)
- Tauhu (goreng dulu dan potong)
- Telur rebus
- Mee kuning ikut suka beberapa peket (dicelur)
Bahan untuk sambal udang kering :
- Udang kering segenggam (ikut suka banyak mana korang nak)
- 3 senduk cili blend (Agak-agak korang nak banyak atau sikit)
CARA PENYEDIAAN MEE KARI UTARA :
▶️ Tumis daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang. Kemudian, masukkan bahan-bahan blend tadi kecuali kentang rebus. Dah wangi baru masukkan rempah kari (rempah campur air dan kacau sebati baru tuang ke dalam periuk)
▶️ Tumis semua bahan-bahan tu sampai pecah minyak dulu. Dah pecah minyak, baru masukkan ayam/daging dan udang . Biarkan kejap, baru tambah air dan santan. Biarkan kuah betul-betul mendidih baru masukkan fish ball dan fish cake. Seterusnya kentang yang di blend tadi. Last sekali masukkan garam, gula dan secukup rasa atau apa-apa je yang korang guna untuk tambah perasa bagi sedap lagi. Siap!
Cara penyediaan sambal udang kering :
▶️ Blend halus udang kering dulu.
▶️ Kemudian, tumis cili dan udang kering yang di blend tadi sampai pecah minyak. Kena masak sampai pekat baru sedap! Tambah sikit je secukup rasa.
▶️ Dah siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Tart Telur Gebus, Sedap Dan Just Nice Je Rasanya. Crunchy Diluar Dan Lembut Didalam!
Dah siap pun mee kari Utara kita. Mee kari yang sedap bergantung kepada luahnya dan bahan penambah rasa seperti sambal udang kering yang kita buat tadi. Rasa dia tak boleh bawak bincang ye. Memang sedap!
Selain dihidang untuk harian, mee kari jugak famous dihidang bila ada majlis-majlis seperti rumah terbuka, hari raya dan lain-lain majlis. Makan mee kari Utara ni panas-panas perah limau memang sedap ye. Terangkat dibuatnya!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurfatin Saleh kerana sudi berkongsi resepi mee kari Utara ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!