Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Creamy Cheezy Butter Prawn Yang Paling Sedap. Krup Krąp Krup Krat Kat Mulut!
Ramai yang masih belum pass masak menu udang masak butter cheese ni kan? Tak susah mana pun nak masaknya. Cuma nak buat jerami telur tu je yang agak renyah. Kalau silap percaturan boleh gagal. Jom follow resepi creamy cheezy butter prawn ni kat sini.
Ni resepi udang butter cara kita. Kalau korang tak suka guna susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe. Udang masak butter ni kalau makan kat luar mahal jugak ye. Tak puas makan. Baik buat sendiri kat rumah.
Nak masak butter ni boleh je guna apa-apa jenis udang yang korang suka. Besar, kecik semua boleh. Yang penting, guna udang fresh. Takde la spoil bila korang nak makan nanti. Udang fresh ni manis, kalau ngam dengan masakan memang licin pinggan dibuatnya.
Resepi creamy cheezy butter prawn ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Suzana Othman. Sangat mudah dan simple cara penyediaannya. Follow sebijik-sebijik bahagian nak buat jerami telur tu pasti menjadi.
Gaul jerami tu dengan nasi memang sedap! Krup krap krup krap kat mulut. Nak ratah makan macam tu pun boleh. Resepi ala-ala udang butter hotel gitu. Korang rasa kalau makan kat luar, berapa ratus korang habis agaknya. Baik masak kat rumah, dah tentu-tentu puas makan.
RESEPI CREAMY CHEEZY BUTTER PRAWN
Panaskan minyak dalam kuali dulu dan goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Boleh buat hidangan makan malam nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1kg udang (dibersihkan)
- Garam
- Serbuk kunyit
- 1 senduk tepung bestari
- Sedikit air
Bahan-bahan creamy cheezy sause :
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 4 tangkai daun kari
- Cili api ikut kepedasan (dipotong)
- Butter
- 1sk serbuk lada sulah
- 1sk gula
- 1sk serbuk pati ayam
- 4 keping cheese (tiada dalam gambar)
CARA PENYEDIAAN CREAMY CHEEZY BUTTER PRAWN :
▶️ Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
▶️ Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
▶️ Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.
▶️ Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
▶️ Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
▶️ Dalam mangkuk lain pukul 4 butir kuning telur.
▶️ Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
▶️ Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan. Kemudian, kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yang halus.
▶️ Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
▶️ Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
▶️ Toskan dengan tisu dapur untuk menyerap minyak yang berbaki.
▶️ Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan.
BACA JUGA : Resepi Kek Lobak Masam Manis Dan Tak Muak Di Makan. Memang Sedap Ye!
Fuh! Syoknya dapat makan udang butter ni. Siap ada creamy cheese lagi. Nak masak udang ni jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yang dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.
Mudah sangat! Lauk creamy cheezy butter prawn ni boleh je kalau nak bagi rasa pedas sikit. Letak cili potong masa nak masak cream udang tu. Kalau takde pedas sikit rasa muak pulak kan nak makan banyak. Korang nak adjust sikit resepi ni pun boleh je sebenarnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Suzana Othman kerana sudu berkongsi resepi creamy cheezy butter prawn ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!