Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tart Telur Gebus, Sedap Dan Just Nice Je Rasanya. Crunchy Diluar Dan Lembut Didalam!
Selalu sangat beli tart telur kat luar, lepas ni aku nak cuba buat sendiri kat rumah pulak. Dah jumpa pun resepi tart telur gebus dan sedap ni. Ambil resepi kat Facebook je. Lagi jimat dari beli kat luar. Jom buat tart telur homemade.
Tekstur tart telur ni crunchy di luar dan lembut di dalam. Sedap giler weh! Tengok kat gambar pun dah tahu, yang filling telur dia tak manis gula sangat. Makan yang ni tak cukup seketul ye. Mesti ambil lagi seketul.
Kat tempat aku, tart telur ni ada 2 jenis. Saiz besar dan saiz kecik. Aku prefer buat kecik-kecik. Anak-anak nak makan pun tak bersepah. Kita yang dewasa pulak seketul-seketul masuk kat mulut. Sesuai hidang untuk minum petang.
Selain tart telur, tart filling coklat pun sedap ye. Sedap di makan panas dan jugak sejuk. Dari kita beli kat luar, elok buat sendiri kat rumah. Selain daripada puas hati, kita boleh asah skill baking kita. Makin power la kita masak lepas ni.
Resepi tart telur gebus ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah. Buat shell sendiri je. Lagi sedap rasanya. Tapi kot korang nak versi lagi mudah, boleh je buat shell guna roti paratha.
RESEPI TART TELUR
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan tart telur gebus ni. Follow je step by step kat bawah ni, confirm menjadi.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk shell tart/crust :
- 150 gm butter
- 1/2 cawan gula aising
- 1 biji kuning telur A
- 1 sudu teh esen vanila (optional)
- 2 cawan tepung gandum*
- 2 sudu besar tepung jagung*
Bahan untuk filling telur :
- 6 biji telur A
- 1 cawan gula kastor
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 tin susu cair
- 1 cawan air panas
- Pewarna kuning (optional)
CARA PENYEDIAAN TART TELUR :
Cara penyediaan shell tart/crust :
▶️ Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
▶️ Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
▶️ Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.

Cara penyediaan filling telur :
▶️ Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati
▶️ Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan
▶️ Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh
▶️ Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak.
▶️ Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
BACA JUGA : Resepi Creamy Crab Ball Crunchy. Makan Dengan Cheese Sauce Lagi Sedap!
Dah siap pun tart telur kita. Rasanya lagi sedap dari beli kat luar. Buat sendiri ni di jamin bersih ye. Lepas ni, kalau dah power buat, boleh la on COD macam budak kat dalam taman aku ni. Tiap-tiap petang on COD tart telur cute.
Dulu aku ingat, susah sangat buat tart telur ni. Rupanya tak susah mana pun. Tapi ambil masa sikit nak buat. So, korang yang plan nak buat tart telur homemade. Kena buat time cuti sabtu ahad. Banyak masa nak buat. Boleh nguli tepung dengan anak-anak nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah kerana sudi berkongsi resepi tart telur gebus dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!