Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Terung Bakar Goreng Telur Paling Simple. Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!

0 1,435

Korang pernah try tak masak terung bakar guna telur dadar! Fuh, sedap tau lauk ni. Korang makan dengan nasi putih panas, cili kicap dan ikan goreng pun dah padu sangat rasanya! Yang tak pernah cuba lagi resepi terung bakar goreng telur ni, baik korang cuba. Confirm nak lagi di buatnya!

Kalau nak lagi sedap, korang jangan guna terung yang saiz besar tu. Ambil yang saiz kecil atau sederhana je. Senang nak bakar dan goreng nanti. Sebab terung ni masa nak masak, tak dipotong. Akan bakar macam tu sebijik atas dapur gas nanti. Kalau besar, susah nak makan pula nanti.

Caranya pun mudah. Korang tak perlu nak guna banyak bahan. Cuma perlu ada 2 bahan utama je. Telur dan terung. Boleh tambah bahan lain juga sebagai perasa. Kalau korang tak nak guna garam, korang boleh perasakan telur dadar tu nanti dengan secukup rasa. Mudahkan!

Sebelum nak masak terung dengan telur dadar, korang kena bakar terung sampai hitam kulit luarnya. Dah bakar, rendam dan buang pula kulit hitam tu tadi. Kupas je sampai bersih. Lepas tu, barulah korang lenyetkan terung tadi dalam telur dadar. Dah siap basahkan terung dengan telur, barulah goreng!

Masak terung macam ni memang jimat masa dan jimat tenaga. Sedap pula tu! Jom follow resepi terung bakar goreng telur ni di sini. Korang ikut je step by step resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Jastia Taza ni. Mesti bertambah-tambah nasi dibuatnya.

 

RESEPI TERUNG BAKAR GORENG TELUR 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Tengok list kat bawah ni senang nak cek bahan lengkap ke tak kan. Jom masak! Nak buat hidangan makan malam atau lunch time pun boleh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 biji Terung
  • 2 biji Telur
  • Garam
  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN TERUNG BAKAR GORENG TELUR :

▶️ Bakar terung atas api sekali dengan kulitnya hingga warna purple bertukar hitam.

▶️ Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi. Kalau bakar bebetul senang nak tanggal kulit terung tu nanti.

▶️ Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap, masuk kan garam dan perasa tambahan lain. Kot nak tambah lada sulah or lada hitam pun boleh juga.

▶️ Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garfu.

▶️ Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam kita buat telur dadar biasa tu.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Ketupat Palas Jagung Dan Serunding Untuk Raya. Berlemak Ketupat Ni, Memang Sedap Sangat!

 

Mudah je kan resepi ni! Korang boleh buat cicahan cili kicap yang di perah dengan limau nipis kalau nak. Makan pula dengan ikan goreng dan nasi putih. Memang betul-betul sedap rasanya! Saya pun antara penggemar terung bakar goreng terung ni tau! Unik cara masaknya.

Lebihan telur tu nanti korang boleh campur je sekali dalam terung yang korang masak. Kalau nak terung di masak cantik, korang goreng satu-satu dan jangan campur balance telur. Dah siap masak semua terung, barulah korang goreng asing balance telur tu nanti.

Kalau makan terung bakar goreng telur ni memang tak cukup sebijik tau! Sukatan kat atas tu khas untuk sorang makan je. Tambah je kalau nak masak lebih. Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Jastia Taza atas perkongsian resepi ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open