Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Roti Jala Dan Kari Ayam Sedap. Resepi Simple Untuk Hidangan Minum Petang
Kalau di kampung, setiap petang ada je makanan yang nak dibuat untuk minum petang. Kadang-kadang kuih cara, kadang kadang tu bubur jagung, bubur kacang, atau pisang goreng.
Tapi kali ni saya nak kongsikan satu lagi resepi mudah yang kita boleh buat sebagai santapan minum petang. Serious senang dan simple je cara nak buat roti jala. Semua orang boleh buat dan sekali buat je, menjadi!
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Najwa Abd Razak ni betul-betul buat kita nampak berselera je dengan roti jala ni.
RESEPI ROTI JALA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
- secubit garam
- Pewarna makanan
CARA PENYEDIAAN ROTI JALA :
▶ Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning. Kacau sedikit semua bahan tersebut.
▶ Kalau anda rajin boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Kalau kurang rajin, boleh la kisar semua bahan guna blender. Kemudian atitikkan pewarna kuning.
▶ Masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung 3. Beli botol yang muncungnya tidak berlubang, kita perlu potong muncung tu sendiri. Potong sedikit sahaja hujung muncung.
▶ Kirai roti jalan dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kirai jalanya bulat @segi 4 macam ni.
▶ Lipat dan gulungkan jalanya.Siap!
▶ Cadangan hidangan, roti jala + kuah kari
Roti jalanya dah siap, jom kita tengok cara nak buat kari ayam untuk roti jala ni. Apa bezanya kari untuk roti jala dengan kari ayam biasa?
Tiada bezanya melainkan ayam dipotong dengan lebih kecil bagi memudahkan kita makan dengan roti jala. Jom saya kongsikan resepi kari ayam dari Cik Puan Raja Amanina ni. Sedap!
RESEPI KARI AYAM UNTUK ROTI JALA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ekor ayam (potong kecil-kecil)
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 tangkai daun kari
- 2 paket kecil serbuk kari adabi
- 2 sudu makan cili giling @ cili kisar
- 3 sekawan
- 2 keping asam keping
- santan
- gula dan garam secukup rasa
- kentang secukupnya (potong dadu)
CARA PENYEDIAAN KARI AYAM :
▶ Kisar @ blend bawang merah, bawang putih dan halia.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari dan 3 sekawan hingga wangi.
▶ Masukkan cili giling, rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
▶ Masukkan ayam dan asam keping. Bila dah separuh masak masukkan kentang dan santan.
▶ Perasakan dengan gula dan garam
▶ Renehkan hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak
Kalau dulu roti jala ni memang warna kuning sahaja. Tapi sekarang ni pelbagai warna ada. Contohnya roti jala bunga telang ni. Selain kari, boleh juga buat kuah durian sebagai pasangan roti jala ni.
ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH DURIAN
Untuk dapatkan warna biru, ramas bunga telang dengan air panas dan kemudian tapis untuk dapatkan airnya.
Sedapnyaa bila dapat makan panas-panas roti jala dengan kuahnya ni. Tak sabar pulak nak buat dan jamu pada keluarga.
Kepada yang baru nak mencuba buat roti jala, boleh follow je step by step cara yang saya kongsikan ni. Nak buat makan sendiri boleh, nak buat sebagai jualan pun tak da masalah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Saya ucapkan selamat mecuba!