Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Nasi Daging Utara Dengan Air Asam Jawa. Resepi Istimewa Ni Mampu Tambat Hati Keluarga Mertua!
Siapa belum pernah cuba memang wajib rasa Nasi Daging Utara dengan Air Asam Jawa ni. Sedap dia memang tak boleh nak bawa bincang. Biasanya kalau buat nasi ni, sekali masak je setel untuk sampai makan malam.
Nak buat Nasi Daging ni sangatlah mudah dan semua orang boleh buat. Haa! Kalau kita nak tambat hati bakal mak mertua yang dari Kedah tu boleh lah cuba masak Nasi Daging ni. InsyaAllah pasti mereka suka.
Sebab bila follow resepi ni, confirm menjadi! Perkongsian daripada sahabat kita Cik Puan Nuraina ni memang nampak mudah dan senang nak ikut. Lengkap dan detail je resepinya.
RESEPI NASI DAGING UTARA AIR ASAM JAWA CILI PADI
Ada beberapa bahagian yang perlu kita masak untuk hasilkan Nasi Daging yang perfect.
UNTUK BAHAGIAN DAGING
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 ½ daging – dipotong kecil dan rebus hingga empuk
- 2000-2500 ml air
- 2 inci halia
- 1 batang serai
- 1 bunjut sup daging
CARA PENYEDIAAN DAGING :
▶ Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
▶ Rebus daging tersebut dengan air, masukan halia, serai, dan bunjut sup daging.
▶ Rebus selama 1 jam atau biar betul-betul empuk.
▶ Air rebus daging jangan dibuang sebab kita akan gunakan untuk masak nasi daging sekejap lagi.
UNTUK BAHAGIAN NASI
Bahan- bahan yang digunakan adalah :
- 7 pot beras Basmathi – Basuh dan toskan
- 2 sudu minyak sapi
- 3 sudu minyak makan
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 3 biji bunga lawang
- 3biji bunga cengkih
- 2 biji bawang merah- dihiris nipis-nipis
- 5 ulas bawang putih- dipotong kecil-kecil
- 2 inci halia
- 2 sudu serbuk sup daging
- 2 sudu serbuk kurma
- ½ susu cair tin
- 2 sudu serbuk pati ayam
- Sedikit garam
- 2-3 helai daun pandan disimpul
CARA PENYEDIAAN NASI :
▶ Panaskan kuali, masukan minyak sapi dan minyak masak, kemudian masukan rempah 4 sekawan iaitu, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, gaul sehingga naik bau.
▶ Kemudian masukan bawang merah, bawang putih, halia, serbuk sup daging, serbuk kurma, gaul hingga bawang layu, dan masukan air rebusan daging sebanyak 2 cawan.
▶ Seterusnya masukan susu cair, serbuk pati ayam, sedikit garam, daun pandan- semua semuanya hingga betul-betul sebati.
▶ Masukan beras gaul lagi dengan bahan rempah kemudian masukan daging rebus,setelah digaul lagi beras, daging dan rempah sehingga sekata, letakan dalam rice cooker untuk dimasak macam nasi biasa.
TIP PENTING :
▶ Beras basmathi 7 pot (cawan) air rebusan daging 10 ½ cawan.
▶ 1 pot (cawan) beras bersamaan air 1 ½ air (air rebusan daging)
▶ 1 pot (cawan) beras biasa air 1 cawan
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Roti Jala Dan Kari Ayam Sedap. Resepi Simple Untuk Hidangan Minum Petang
UNTUK BAHAGIAN AIR ASAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 30 biji cili padi
- 2 sudu udang kering
- 1 cawan air assam jawa- buang biji
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos chili
- 2 sudu kerisik
- 1 sudu gula
- 1 sudu serbuk pati ayam
- Sedikit garam
- 1 biji Bawang Besar(purple)
- 1 biji tomato – boleh guna berapa biji tomato terpulang kepada anda
Hiasan /masa makan
- Sayur salad
CARA PENYEDIAAN AIR ASAM :
▶ Blend cili padi, udang kering, air assam jawa (buang biji), sos tomato, sos cili, 2 sudu kerisik, gula, serbuk pati ayam, sedikit garam.
▶ Panaskan kuali, masukan bahan blend, tanpa menggunakan minyak.
▶ Seterusnya masukan 1 cawan air rebusan daging, diikuti bawang besar merah yang telah dihiris nipis dan tomato.
▶ Biarkan kuah pekat.. Selesai bolehlah dihidangkan
Jadi, siaplah satu hidangan lengkap Nasi Daging Utara dengan Air Asam Kerisik ni. Mudahnya lahai untuk kita nak buat. Bila dah pandai tu, nak buat selalu tu pun boleh sangat. Lebih-lebih lagi hidangkan kepada tetamu.
Bila dah ada resepi macam ni, makanan luar negeri pun kita boleh cuba buat sendiri tanpa perlu ke sana. Sebab biasanya yang kongsikan resepi ni mestilah asalnya dari Negeri Utara kan.
Kepada yang baru nak belajar, nak cuba masak boleh lah try menu masakan Nasi Daging Utara dengan Air Asam ni. Confirm lah satu keluarga akan suka!
Saya ucapkan selamat mencuba ye!