Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Laksa Johor Super Awesome. Bahan Rahsia Ni Lah Yang Buat Rasanya Lagi Power!
Siapa yang hantu laksa memang akan rasa takut nak cuba pelbagai jenis laksa. Kadang-kadang bila dah suka satu jenis laksa sahaja, jenis itu lah yang dia akan makan tanpa cuba yang lain.
Seperti yang kita tahu, laksa di Malaysia ni ada banyak ikut negeri. Ada laksa Utara, ada laksa penang, ada laksa Johor dan ada laksa Sarawak. Cara buat yang berbeza tapi punyai rasa kesedapan tersendiri.
Bak kata orang, belum cuba belu tahu, tak kenal maka tak cinta kan. Wajib cuba dulu barulah tahu kesedapan Laksa Johor ni bagaimana rasanya.
Perkongsikan dari Cik Puan Yatti Omar ni betul-betul memudahkan kita belajar cara nak buat laksa Johor yang marvellous!
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan bahan yang diperlukan adalah :
- 1 paket spaghetti / mee laksa.
- 1 kg ikan kembung / ikan tengiri. (Saya guna ikan kembung. Ikan ni tengok korang nak hidangkan utk berapa ramai ok. Macamm saya 3 orang je. Tapi buat untuk sarapan, lunch, dinner).
- ¾ cawan rempah kari (tak kisah lah kari ikan ke ayam. Asalkan kari).
- ½ cawan lada boh.
- ¾ cawan udang kering (cuci n blender)
- 2 cawan santan pekat (saya guna santan Kara).
- 3 cawan air
- 1 sudu besar kerisik
- Garam secukup rasa
Bahan kisar :
- 5 batang serai
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 biji bawang besar
CARA PENYEDIAAN LAKSA JOHOR :
▶ Ikan mcm biasa bersihkan dahulu, kemudian kukus. Lebih senang kukus berbanding rebus, sebab nak asingkan tulang dgn isi. Air kukus ikan tadi simpan.
▶ Kemudian kisar ikan dengan air kukusan ikan. Ketepikan dahulu.
▶ Tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. (Masa ni memang akan kering sikit). Cepat-cepat masukkan ½ cawan air dan masak dalam 5 minit.
▶ Lepas tu masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat boleh tambahkan air sikit je.
▶ Bila naik minyak, masukkan ikan kisar tadi. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
▶ Gaul seketika, perasakan dengan garam dan perasa. Bila dah okay kuah siap untuk dihidang!
Ulam- ulam :
- Timun (tadi lupa nak potong timun).
- Taugeh
- Daun kesum / daun selasih (daun kesum abis kat kedai. So tak ade tadi).
- Kacang panjang (kacang panjang pun tak ade. Saya gantikan dgn bawang.
- Limau kasturi (diperah atas laksa, bukan mkn dgn kulit limau).
Makan Laksa Johor tanpa sambal belacan memang tak sah lah jawabnya. Nak buat sambal belacan paling simple? Jom saya kongsikan
RESEPI SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan sambal belacan :
- 5 biji lada merah
- 3 biji cili padi
- 1 inci belacan dibakar dulu.
- Sedikit asam jawa.
- Sedikit gula dan garam.
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BELACAN :
▶ Tumbuk semua bahan ni. Atau boleh gunakan mesin kisar. Lebih sedap kalau ditumbuk sahaja.
▶ Siap dan boleh terus makan.
“Cara saya makan siap letak ikan masin. Uishh power padu!”
Sesekali nak tukar rasa, boleh lah cuba buat laksa Johor ni. Sebab nak buat dia mudah sangat rupanya. Yang baru nak cuba, boleh kurangkan kuantiti dulu untuk try rasa. Boleh je nak beli dulu di kedai sekitar Johor, pasti ada.
Tapi kalau memang ada yang suka, memang berbaloi buat laksa sendiri. Selain puas hati boleh letak banyak bahan, rasa pun sedap sampai hirup licin lah kuah dalam mangkuk tu.
Paling bahagian bila dah siap masak, ahli keluarga rasa semua puji sedap dan rasa macam kedai. Penat masak tadi pun hilang serta merta tau!
Selamat mencuba ya.