Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Air Katira Johor Yang Mudah Dan Sedap. Warna Hijaunya Lembut Je Tapi Rasa Air Padu!

0 779

Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah air katira. Ramai pepiaga yang jual air ni, tapi lain orang lain caranya. Hari ni apa kata kita buat resepi air katira Johor. Bolehlah Kalau nak hidang untuk open house raya tahun ni. Buat kelainan sikitlah katakan.

Katira juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada air katira. Kalau tak pakai katira ni, maka tak jadilah air katira asli Johor ni. Katira ni boleh di beli di pasaraya iaitu dikawasan jual rempah ratus. kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu.

Korang boleh juga dapatkan kaviar ni online di Shopee atau Lazada. Minuman ni berasal dari timur tengah, tak pasti negara mana dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. So, Johor pun menaturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.

Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan. Korang juga boleh gantikan susu segar dengan susu sejat tambah aiskrim soda.

Resepi air katira Johor ni telah di kongsikan oleh Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan melalui laman Facebook. Resepi ni dah viral 10k share dekat Facebook. Sedap sangat ye! Rugi kalau tak cuba. Resepi ni pun asli tanpa pewarna. Nampak warna tak terang tapi rasanya memang padu! 

 

RESEPI AIR KATIRA JOHOR 

Tanpa membuang masa lagi, apa kat kita lihat satu persatu bahan-bahan yang di perlukan dalam penyediaan air katıra asli Johor ni. Sedap juga Kalau nak hidang untuk tetamu bila buat rumah terbuka nanti kan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 sudu besar katira
  • 1 sudu besar biji selasih
  • 3 biji kurma
  • 3 biji kembang semangkuk
  • 4 biji badam
  • 4 helai daun pandan
  • 4 sudu besar gula
  • 1 liter susu segar

*Boleh gantikan susu segar dengan 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml

CARA PENYEDIAAN AIR KATIRA JOHOR :

▶️ Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian, masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan pula air ke dalam setiap cawan.

▶️ Buat macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan toskan. Biasanya perlu di rendam sekitar 4-6 jam.

▶️ Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu carikkan halus je sekadar untuk hiasan.

▶️ Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

▶️ Ok ni bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

▶️ Air katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuannya iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden lah.

▶️ Ok sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.

▶️ Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!

▶️ Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma dan menyegarkan.

 

BACA JUGA : Resepi Terung Bakar Goreng Telur Paling Simple. Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!

 

Patutlah ramai penggemar air katira ni! Bukan takat sedap, bahan campuran yang di gunakan kat dalam air ni pun ada bahan-bahan yang baik untuk kesihatan. Contohnya biji selasih, kurma dan kembang semangkuk. Kot ada antara korang yang dah start puasa 6 atau ganti puasa, bolehlah berbuka dengan air ni nanti.

Air katira ni memang ramai penggemarnya. Kalau bulan Ramadhan memang ramai yang beli air ni. Tapi, kat bazar tu ada je yang tak letak bahan katira. Warnanya pun di campur dengan pewarna tambahan. Nak bagi cantiklah katakan. Kalau nak asli macam resepi Johor, pakai daun pandan je.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan ekrana sudi berkongsi resepi air katira Johor ni di Facebook. Semoga Inaya bermanfaat buat kita semua. Especially buat penggemar air katira ni. Bolehlah korang try kat rumah lepas ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open