Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mee Goreng Basah Paling Marvelous! Save Dulu Resepi Ni, Senang Nak Buat Nanti!
Siapa yang tak kenal dengan sis Sheila Rusly kan. Lagi-lagi bila sis beraksi kat rancangan ketuk-ketuk Ramadhan. Korang pernah cuba tak resepi mee goreng basah yang ada kat group sis Sheila Rusly? Resepi tu viral u olls. Dapat 186k share tau! Jom kita try mee goreng basah paling marvelous tu.
Save dulu resepi ni, esok-esok kalau terasa tekak nak makan bolehlah buat kat rumah. Especially korang si penggemar mee goreng basah. Masak sendiri lagi puas hati. Padu! Boleh simpan banyak lauk seafood yang korang suka. Nak tambah lagi lepas sepinggan pun boleh. Tak segan sebab makan kat rumah sendiri.
Mee goreng basah ni sedap di makan malam-malam. Kalau tak nak makan nasi, mee ni lah antara hidangan paling best di makan waktu malam. Kenyang pun kenyang. Lagi lembab teksturnya lagi sedap tau. Tapi, kat Sabah, mee goreng basahnya lain sikit. Tak sama macam ni. Next time kita cuba okey.
Kalau makan kat kedai, selalu rasa tak ngam dengan tekak. Tapi, bila tengok resepi Sis Sheila Rusly ni, terus rasa nak buat mee goreng basah homemade. Follow je sebijik-sebijik, confirm jadi punya lah! Kalau tengok kat Facebook, resepi ni juga telah di kreditkan kepada kak long melalui perkongsian Resepi Sheila Rusly.
Ha! Resepi pun dah ada. Seronok lah kan penggemar mee goreng basah lepas ni. Dapat cuba resepi sedap dan viral. Memang rugi sangat korang tak cuba. Confirm bertambah-tambah di buatnya. Kalau tak sedap, takde lah resepi ni viral kat Facebook kan.
RESEPI MEE GORENG BASAH
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak mee goreng basah ni. Make sure korang basuh bersih semua bahan dulu baru masak ok. Kalau tak boleh makan sotong, korang gantikan je dengan isi ayam. Jom try!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 bungkus Mee kuning (dibilas dan tos)
- 10 ekor Sotong (dibersihkan potong dan tos)
- 1 paket Fish ball (dibersihkan potong dan tos)
- 1 ikat Sayur sawi jepun (dibersihkan potong dan tos)
- 1 biji tomato (dibersihkan dan dibelah 6)
- 4 sudu besar Cili kisar
- 5 sudu besar Sos cili
- 1 sudu besar Sos tiram
- 1 sudu besar Sos ikan
- 1 sudu besar kicap pekat
- 5 sudu besar Kicap manis
- 2 sudu besar Kicap mee
- 1 cawan kecil air putih
- 2 sudu besar Minyak masak (untuk menumis)
Bahan-bahan tumbuk :
- 10 biji Cili api
- 3 ulas Bwg putih
- Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA PENYEDIAAN MEE GORENG BASAH :
▶️ Panaskan kuali. Kemudian, masukkan minyak 2 sudu besar.
▶️ Dan tumiskan cili kisar dengan bahan-baha ntumbuk tadi sampai garing sedikit.
▶️ Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis dan kicap mee.
▶️ Masukkan pula sotong dan fish ball. Kemudian, masukkan air putih 1 cawan kecil. Masak dan kacau bagi sebati semua bahan.
▶️ Masukkan sayur dan kacau lagi.
▶️ Akhir sekali, masukkan mee kuning dan tomatodan kacau bagi sebati dan masak. Siap!
BACA JUGA : Resepi Air Katira Johor Yang Mudah Dan Sedap. Warna Hijaunya Lembut Je Tapi Rasa Air Padu!
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan ajinamoto sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup rasa. Kalau nak lagi sedap, korang makan panas-panas dengan perahan limau nipis. Padu yakmat rasanya! Jangan lupa juga basuh mee sebelum masak, takut kuat rasa kapur mee, korang tak lalu nak makan pula.
Semua penggemar mee goreng basah wajib save resepi ni. Kot terasa tekak nak makan nanti, terus cari bahan-bahan dan masak sendiri kat rumah. Boleh hidang untuk satu family nanti. Korang tambah je bahan kalau nak masak lebih nanti. Sukatan bahan kat atas tu, hanya untuk sebungkus mee tau!
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Sis Sheila Rusly kerana sudi berkongsi resepi mee goreng basah yang sedap ini di Facebook. Kalau rasa nak ubah cara masak mee goreng basah, suggest korang try resepi ni. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!