Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Masak Lemak Cili Api Resepi Warisan Ibunda. Hidangan Pembuka Selera Satu Keluarga!
Siapa di sini Orang Nogoghi? Lauk masak lemak cili api ni memang warisan turun temurun yang tiada siapa boleh sangkal lagi. Negeri lain juga ada, tapi mungkin cara pembuatan dan rasa juga berbeza.
Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa resepi masak cili padi pelbagai negeri. Sama ada original dari Negeri Sembilan atau negeri luar juga ada. Sebab lain orang, lain caranya. Apa yang penting adalah rasanya.
MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI CAMPUR PETAI
Kadang-kadang ada yang buat masak lemak campur dengan timun. Tapi resepi ini kongsikan masak lemak cili api daging salai dengan petai!
Fuuh! Dari jauh bau daging salai dah semerbak baunya. Ditambah pula petai, boleh buat kita makan bertambah dua tiga kali lah macam ni.
MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI CAMPUR PETAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1/2 kg daging
- serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
- 5 papan petai (amik isi sahaja)
- santan *
- kunyit hidup *
- bawang besar 1 biji (saiz kecil ja) *
- cili padi 5-6 biji *
- cili besar 1 biji *
- sedikit belacan *
- 2 batang serai (diketuk)
- 2asam keping
- Garam
- buah tomato (belah 6)
- cili besar hijau (belah 2)
CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK DAGING SALAI CAMPUR PETAI :
▶ Daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar.. bila dah siap salai/bakar, hiris nipis-nipis.
▶ Blend bahan bertanda * (santan, kunyit hidup, bawang besar, cili padi, cili besar,dan belacan). Kisar sampai halus dan tuangkan dalam periuk
▶ Kemudian masukkan daging dan serai.
▶ Masak dengan api yang sederhana. Biar mendidih. Masukkan petai, asam keping dan garam. Biarkan masak seketika…
▶ Sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato. Biarkan seketika sehingga agak layu
▶ sedia hidang.. nak bagi harum, boleh tambah hirisan daun kunyit
Selamat mencuba!
Kredit Resepi – Dapur Kak Tie
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
Siapa yang suka makan siput dan pucuk ubi memang akan teruja bila Nampak lauk masak lemak kali ini. Mana tidaknya, siput sedut ni memang sedap rasanya. Dimakan pula bersama pucuk ubi kesukaan kita. Tak pandang kiri kanan dah tau.
Resepi ini kalau mak kita yang masak, memang tak boleh nak tahan. Kalau diet pun, boleh jadi postpone dibuatnya. Terima kasih Pak Engku sebab kongsikan resepi sedap ni.
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg siput sedut
- 2 ikat pucuk ubi
- 5 ulas bawang merah ~ kisar halus
- 3 ulas bawang putih ~ kisar halus
- 2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
- 2 inci halia ~ kisar halus
- 15 tangkai cili padi ~ kisar halus
- 2 batang serai ~ di titik
- 500 ml santan
CARA PENYEDIAAN SIPU SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI :
▶ Siput sedut di berus hingga bersih
▶ Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
▶ Potong bahagian ekornya
▶ Cuci bersih dan toskan
▶ Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
▶ Rebus hingga empuk, angkat dan toskan
▶ Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
▶ Masukkan santan, serai dan siput
▶ Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
▶ Masukkan pucuk ubi
▶ Perasakan dengan garam
▶ Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan
Kredit Resepi – Pak Engku
IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API DENGAN BENDI
Selain dalam kari ikan dan ulaman, bendi ini sedap dimakan bersama masak lemak cili api ikan. Jika anda memang penggemar bendi boleh masukkan banyak sikit supaya boleh makan sepuasnya.
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API DENGAN BENDI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 4 potong ikan Tenggiri
- 2 batang serai – dititik
- 2 inci kunyit
- 10-15 biji cili padi ( tambah or kurang ikut kepedasan memasing)
- Santan secukupnya
- 7-10 biji bendi
- Sehelai daun kunyit ( kalo tidak ada stok kat umah tak perlu bubuh pun tak pe)
- 1 biji tomato – untuk hiasan bagi cantik…
- Garam gula dan perasa secukup rasa
CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK DENGAN BENDI :
▶ Ikan basuh dan tos
▶ Kunyit dan cili ditumbuk hingga lumat.
▶ Masukkan dalam santan yang telah di letak dalam periuk
▶ Serai tu titik (ketuk) je lepastu masukkan dalam periuk bersam santan dan bahan tumbuk
▶ Hidupkan api dah start la masak… kena rajin kacau supaya santan tak pecah
▶ Agak-agak santan dah panas masukkan bendi. Biarkan seketika
▶ Kemudian masukkan ikan, daun kunyit, garam gula dan perasa secukupnya
▶ Kacau perlahan sehingga ikan dah masak.
▶ Masukkan tomato. Jika rasa dah okay, boleh padamkan api.
▶ Teruskan kacau santan/kuah untuk seketika walaupun api dah dimatikan.
Selamat mencuba..
Kredit Resepi – Kak Rose
GULAI LEMAK KETAM DENGAN NENAS
Masakan gulai lemak ketam ni memang sedap tak terkata. Bayangkan bila ketam sudah dimasak bersama nenas, rasa manis ketam tu akan turun kepada kuah. Menjadikan setiap hirupan kuah tu ada rasa manis ketam dan manis nenas bergabung!
Serious! Kalau korang suka makan ketam cuba buat lauk gulai lemak ketam dengan nenas ni. Pasti akan terus jatuh cinta dengan rasa nya.
RESEPI GULAI LEMAK KETAM DENGAN NENAS
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kilo ketam (dipotong dan cuci bersih)
- ½ biji nenas (dihiris halus)
- 2 biji bawang besar
- 7 biji cili padi (ikut citarasa)
- 1 inci kunyit hidup
- ½ biji santan kelapa
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN GULAI LEMAK KETAM DENGAN NENAS :
▶ Bawang besar, cili pada dan kunyit hidup dikisar halus.
▶ Kemudian dimasukkan ke dalam periuk.
▶ Masukkan ketam yang telah dipotong dan dicuci bersih. Kacau sebati.
▶ Masukkan nenas, kacau sebati sehingga nenas masak sempurna
▶ Masukkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih dan angkat.
▶ Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Kredit Resepi – Salina Jalaludin
SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI
Jika ada sotong di rumah dan keliru nak masak apa, apa kata cuba buat hidangan sotong masak lemak cili padi ni. Make sure pedas baru lah mengancam dan sesuai dengan nama.
Rasa kuah yang sedap, makan dengan kicap memang layanz! Jom saya kongsikan resepinya.
RESEPI SOTONG MASAK LEPAK CILI PADI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kilo sotong segar
- 2 cawan santan pekat – boleh tambah
- 1 keping asam keping
- 2 batang serai di titik
- garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
- 3 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1 inci halia *
Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili. Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya 😊
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI :
▶ Bersihkan sotong dan dipotong kecil serta ketepikan semua dulu .
▶ Tumbuk semua bahan sampai lumat .
▶ Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi .
▶ Masukkan santan, serai dan asam keping .
▶ Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong, sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
▶ Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh lah ditutup api dapur .
Selamat mencuba..
Kredit Resepi – Nannie Khuzaifah
REBUNG MASAK LEMAK CILI API
Pernah makan lauk rebung dengan masak cili api? Waah! Memang sedap lah untuk siapa yang sukakannya. Lauk kampung ni biasanya rebus dibuat cicah air asam atau pun cicah dengan budu.
Bila dibuat masak lemak cili padi ni, Nampak macam berselera juga kan. Ada yang tak suka dengan rebung sebab baunya. Tapi cubalah rasa, nanti dah tak kisah pasal bau sebab rasa dia lebih sedap!
RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 300 gram rebung
- 250 gram udang
- 3 batang serai – diketuk
- 3 helai daun kunyit – disiat
- 1 keping asam keping
- 1 liter santan cair
- 1 biji santan
- Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar :
- 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
- setengah inci kunyit hidup
- 8 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN REBUNG MASAK LEMAK CILI API :
▶ Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap. Selepas direbus perlulah ditoskan.
▶ Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
▶ Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
▶ Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
▶ Siap untuk dihidangkan
P/s: Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar. Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.
Kredit Resepi – Gedung Resepi
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Sedapnya dapat makan ayam masak lemak cili padi. Lagi sedap kalau ayam kampung! Fuhh sedapnya tak terkata. Tapi tak semua orang suka makan ayam kampung. Jadi boleh je guna ayam apa yang kita suka.
Nak buat masak lemak cili padi ni, mudah je sebenarnya. Lagi sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.
RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
- ½ ekor ayam
- 250 ml santan pekat – atau 1 kotak santan – Bahagi 2 bahagian, ½ untuk dicampur air. ½ dijadikan pati santan pekat
- 2 helai daun kunyit – dicarik carik
- 2 biji Kentang dipotong memanjang atau wedges
- 1-2 batang Serai diketuk
- ½ Kiub pati ayam (jika suka)
- garam secukupnya
- Air secukupnya – dalam 1 cawan setengah ke 2 cawan
Bahan ditumbuk:
- 1-2 inci kunyit hidup
- 5-6 biji cili padi merah – supaya warna kuah cantik
- 2 ulas bawang merah
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK LEMAK CILI PADI :
▶ Dalam periuk atau kuali rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.
▶ Dalam periuk yang sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yang cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya.
▶ Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.
▶ Setelah ayam masak, masukkan kentang yang direbus setengah masak tadi, dan masak sehingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya
▶ Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.
Kredit Resepi – Endy Abdullah
SOTONG MASAK LEMAK CILI API CAMPUR TERUNG TELUNJUK
Lauk sotong memang ramai yang gemar. Ada yang suka makan masak lemak sotong ni dengan ubi kentang, ada yang suka makan dengan bendi atau dengan kacang buncis.
Tapi, resepi ini saya kongsikan masak lemak sotong dengan terung telunjuk. Sedapnyaa kalau dapat merasa!
RESEPI SOTONG MASAK LEMAK CILI API CAMPUR TERUNG TELUNJUK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 500 gm sotong
- Seinci kunyit hidup
- Anggaran 10 biji cili api – Boleh kurang kan jika tidak suka pedas
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2 cawan santan pekat
- 1 batang serai diketuk
- Garam secukup rasa
- Terung telunjuk ( bubuh ikut suka )
CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK LEMAK CAMPUR TERUNG TELUNJUK :
▶ Bawang putih dan bawang merah ditumbuk @ kisar. Kemudian tumbuk kan pula cili api bersama kunyit hidup.
▶ Panaskan periuk dengan anggaran 1 cawan air. Masukkan bahan-bahan kisar tadi bersama dengan serai yang telah diketuk. Didihkan sebentar.
▶ Kemudian masukkan santan pekat tadi dan didihkan perlahan-lahan. Pastikan sentiasa di kacau perlahan-lahan.
▶ Setelah mendidih bolehlah dimasukkan terung telunjuk. Akhir sekali bolehlah dimasukkan sotong dan masakkan sebentar sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama bimbang nanti sotong liat.
▶ peraskan dengan garam. Kemudian, tutup api.
▶ Sotong masak lemak campur terung telunjuk is done!!
Kredit Resepi – Syuhada
IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API
Jika ada ikan merah di dalam peti, boleh cuba resepi yang satu ini. Selain daripada sup, ikan merah ini juga sedap dimakan jika dibuat masak lemak cili padi.
Cara nak buat tersangatlah senang dan perlu sedikit berhati-hati kerana risau ikan akan hancur jika terlama masak.
RESEPI IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 inci Kunyit Hidup ditumbuk @ (2 sudu kecil serbuk kunyit)
- 1 ekor Ikan Merah
- 1 sudu besar cili api yang sudah diblend (ikut kepedasan)
- 1 cawan santan pekat
- 1 ½ cawan air
- 2 batang serai diketuk
- 1 keping asam gelugur (asam keping)
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI PADI :
▶ Masukkan santan, air, kunyit, cili padi, asam, serai dan garam. Masak atas api sederhana sehingga hampir mendidih. Perlu sentiasa di kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
▶ Masukkan ikan yang telah dicuci bersih. Tambah serbuk kunyit jika warna kurang menarik.
▶ Masukkan daun kunyit dan sayur pilihan (terung, kacang panjang). Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
▶ Rasa dan tambah garam jika perlu. Tutup api dan siap dihidang.
Kredit Resepi – Maizatul Akmar Zainal
KERANG DAN PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API
Waah! Sedapnya dapat makan kerang. Memang makanan kegemaran kalau dapat makan kerang. Tak kira lah kerang bakar ke, kerabu kerang ke. Buat pulak kerang masak lemak cili padi dengan pucuk paku ni, memang tak boleh tahan!
RESEPI KERANG DAN PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kilogram kerang
- 2 ikat pucuk paku
- 200 ml santan pekat
- 200 ml air
- 1 helai daun kunyit dihiris
- 2 batang serai diketuk
- 1 keping asam gelugor
- 3 sudu makan minyak
- 1 sudu teh garam (secukup rasa)
Bahan tumbuk :
- 10 tangkai cili api (boleh ditambah atau dikurangkan)
- 2 ketul kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
CARA PENYEDIAAN KERANG DAN PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API :
▶ Masukkan kerang ke dalam kuali. Tak perlu tambah air ye. Buka api yang agak kuat dan tutup kuali. Tak sampai 2 minit, kerang dah terbuka. Ketepikan
▶ Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk. Masukkan air.
▶ Bila dah mendidih, masukkan pula santan dan asam gelugor. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.
▶ Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, daun kunyit dan kerang tadi.
▶ Perasakan dengan garam.
▶ Dah siap, sedia dihidang
Kredit Resepi – Latipah Nawawi
Ada banyak resepi rupanya yang kita boleh buat dengan masak sebagai gulai lemak cili padi ni. Ayam, ikan, daging, keli, telur itik dan banyak lagi lah sebenarnya.
Jadi, kepada yang memang mecari resepi masak lemak cili api ni saya harap perkongsian say aini boleh membantu anda.
Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua! Jangan lupa share kan di facebook anda semua ye.