Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Donat Pandan Yang Lembut, Sedap Dan Gebu. Confirm Puas Hati!
Terasa tekak nak makan donat pandan pula cuti-cuti hujung minggi ni. Agak dah bosan dengan donat yang biasa dibuat. Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan. Hari ni nak cuba buat resepi donat pandan yang gebu gebas macam orang share kat facebook tu.
Donat zaman sekarang ni dah bermacam-macam bentuk dan rasa. Kat luar juga semakin banyak peniaga donut yang berjaya dan cukup dikenali. Orang Malaysia memang suka manis-manis. Sebab tu kalau senyum pun manis.
Dekat supermarket, belambak dah kita tengok kedai-kedai donat. Antaranya big apple yang sudah tentu terkenal, dunkin donuts, dazs donuts and coffee dan macam-macam lagi lah.
Tesco juga tidak ketinggalan membuat keluaran donat yang tersendiri tau. Tapi, kali ini kita cuba resepi donat pandan dari Cik Puan Suhasnida Ismail yang confirm buat anda puas hati. Yang pastinya resepi donat kali ini tiada penggunaan coklat.
Rasa donut yang cukup sedap, lembut dan gebu. Ditambah pula dengan wangian daun pandan yang diperolehi dari air daun pandan sebagai perisa resepi ini. Cukup menyelerakan.
RESEPI DONAT PANDAN
Resepi donat kali ini menggunakan water roux. Apa itu water roux ( ibu roti )? water roux atau dikenali sebagai tang zhong adalah kaedah tradisional masyarakat china dahulu dalam penyediaan mee dan kulit dumpling . Sekarang digunakan pula pada pembuatan roti dan bun. Jom follow resepi donut pandan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500gm tepung high protein
- 75gm gula
- 8gm yis
- 1tbsp susu tepung (optional)
- 5gm superbake (apa-apa jenis improver atau yang tiada semua di atas boleh buat pelembut original iaitu water roax sendiri.
- 1 biji kuning telur (sebagai pilihan nak betak ataupun tidak)
- 1/2 tsp garam
- 165-220ml air (gantikan air pandan kalau buat donat pandan)
- 30gm shortening
- 30gm marjerin
Tangzhong/Water Roux : (Bagi yang tiada improver boleh guna bahan ini)
- Guna dalam 2 sudu besar, masukkan water roux/ tangzhong sebelum masukkan air.
- 2 sudu besar tepung gandum
- 125ml air
*Bancuh bahan-bahan tersebut dan masak dalam api sederhana sehingga pekat, sejukkan dan boleh digunakan.
CARA PENYEDIAAN DONAT PANDAN
Cara uli dengan menggunakan mixer atau bleadmaker :
▶️ Masukkan bahan kering dalam bowl, putar sebati.
▶️ Masukkan telur, air pandan sikit demi sedikit (jangan terlebih air sebab nanti nak masukkan shorting dan mentega).
▶️ Doh waktu ni agak keras lagi, dah jadi seketol. Bila dah jadi doh seketol tu boleh masukkan shortening dan marjerin.
▶️ Doh akan jadi lembik sedikit dan uli sampai elastik. Mixerkan lebih kurang 20 minit.
Cara uli pakai tangan:
▶️ Guna air suam, bancuh dengan gula dan masukkan yis.
▶️ Kacau dan biarkan berbuih barulah tuang dalam bahan-bahan lain.
▶️ Uli la sampai elastik sikit, kalau nak mudah dan cepat tu masukan dalam plastik besar dan ramas adunan tu. Adunan lebih cepat elastik
Step Seterusnya:
▶️ Lepas dah siap uli terus timbang 40-45gm dan rounding licin, biarkan 5 minit dan canai bulat. Jangan terlalu nipis bila canai tu.
▶️ Susun atas bekas dan biarkan 45-1 jam untuk proses pengembangan sempurna.
▶️ Boleh panaskan minyak dengan api perlahan, perlu menggunakan minyak yang banyak untuk masak donat yang sempurna.
▶️ Donat dah kembang, boleh la goreng dalam minyak panas dengan api perlahan.
▶️ Bila dah masak boleh letak atau sejak atas redai. Salut dengan gula kastor atau snow powder atau gula perang.
BACA JUGA: Rahsia Buat Mi Kari Super Sedap. Hidangan Mewah Dengan Bahan-Bahan. Wajib Cuba!
Nyum nyum! Nampak sedap sangatlah. Kalau buat adunan pagi ni dah tentu-tentu boleh makan donat pandan petang karang. Dapat pula dengan teh o panas. Rasa bahagian dihujung minggu.
Mesti anak-anak pun suka bila mak buatkan donat. Jarang jumpa budak tak suka donat. Donatkan bergula. Yang manis ni lah menjadi favourite mereka.
Semoga bermanfaat resepi donat pandan ni kepada kita semua. Wajib buat tau kat rumah nanti. Donat Pandan Homemade lah katakan. Selamat mencuba!