Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Simple Tapi Sedap. Bertambah-Tambah Makan Dibuatnya!

0 93

Ada tak yang suka makan sambal goreng Jawa ni. Selalu makan sambal ni time kenduri je kan. Memandangkan tekak rasa dah nak makan, terus aku cari resepi sambal goreng Jawa ni di Facebook. Finally, dapat jugak! Boleh la buat kat rumah nanti.

Cara nak buat sambal goreng Jawa ni tak susah mana pun. Senang je buatnya! Janji mood rajin korang ada. Kalau malas yang banyak, kena tunggu je la time kenduri rumah orang Jawa, baru la boleh makan sambal ni. Lambat lagi tu!

Resepi lengkap dah ada. Tinggal follow je sebijik-sebijik. Confirm menjadi! Makan sambal ni dengan nasi putih panas-panas, confirm boleh lupa orang sebelah. Sampai nak menambah lagi la. Hidang sambal dengan telur dadar pun dah cukup.

Resepi sambal goreng Jawa ni telah dikongsikan oleh seoarng pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Seri Azlina Bustani. Ramai jugak yang share resepi ni ye. Sambal ni dah siap ada lauk sayur sekali. Dah tak perlu masak sayur asing lagi.

Lagi pedas, lagi sedap! Boleh jadi pembuka selera time nak makan nanti. Sambal ni kalau tak habis makan, boleh simpan dalam peti. Esok nak makan, boleh la panaskan sikit. Rugi tau korang tak cuba sambal sedap ni.

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sambal goreng Jawa ni. Rasa dia memang padu weh! Bahan-bahan dan step penyediaan sambal ni seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Kacang panjang (dihiris nipis serong)
  • Tauhu potong dadu (digoreng)
  • Kentang potong dadu kecil (digoreng)
  • Tempe potong dadu (goreng)
  • Bawang merah (dihiris, goreng dan asingkan)
  • Bawang putih (dihiris, goreng dan asingkan)
  • Halia (dihiris nipis-nipis sedikit sahaja)
  • Cili merah/hijau besar (dihiris)
  • Ikan bilis/cili kering (diblender)
  • Suun (digoreng/rebus pun boleh)
  • Pucuk tauhu (direndam/vrebus sampai lembut/ toskan)
  • Santan kotak (setengah kotak tak perlu banyak)
  • Nak letak udang putih kecil pun sedap
  • Garam
  • Gula (ikut takat mana yang suka)
  • Kicap manis (dimasukkan setelah cili masak)
  • Perisa (jika suka)

CARA PENYEDIAAN SAMBAL GORENG JAWA : 

▶️ Tumis bahan blender sampai naik minyak.

▶️ Masukkan santan dan masukkan halia hiris nipis.

▶️ Masukkan bawang yang dah digoreng.

▶️ Masukkan kicap, garam, perasa, gula dan masukkan kacang panjang.

▶️ Masukkan tempe, tauhu, kentang, suun, pucuk tauhu dan gaul rata.

▶️ Kemudian, matikan api dan toskan minyak.

▶️ Yummyyyyyy, makan dengan nasi panas. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Cucur Kacang Hijau Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Dengan Sos Cili Lagi Sedap!

 

Dah siap pun sambal goreng Jawa kita. Time kenduri je jumpa sambal ni. Tapi tak susah mana pun buatnya. Korang nak buat lauk makan tengahari atau malam pun boleh. Sambal ni korang nak ratah macam tu pun dah sedap weh.

Sekali pandang je dah tahu sambal ni sedap. Mesti bertambah nasi bila makan nanti. Orang Johor mesti biasa jumpa sambal ni jual kat gerai-gerai nasi bungkus kan. Kalau jumpa, mesti nak bubuh lebih sikit dalam tapau. Betul tak!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Seri Azlina Bustani kerana sudi berkongsi resepi sambal goreng Jawa yang sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open