Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Kacang Hijau Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Makan Dengan Sos Cili Lagi Sedap!
Siapa pernah try buat cucur guna kacang hijau. Sedap jugak tau! Cucur udang dah biasa sangat makannya. Apa kata kali ni kita cuba resepi cucur kacang hijau yang rangup di luar dan lembut di dalam ni pulak. Makan dengan sos cili memang sedap!
Cucur kacang hijau atau nama lainnya mung bean susah nak jumpa orang jual kat luar. Kuih ni tak sama dengan kuih kasturi ye. Kekadang bila search je cucur kacang hijau, mesti kuih kasturi yang akan keluar. Kedua-dua jenis kuih ni menggunakan kacang hijau.
Nak buat cucur kacang hijau ni senang je. Boleh dibuat besar, kemudian dipotong atau gunting kecil masa nak makan nanti. Nak campur daging, isi ayam atau seafood dalam cucur kacang hijau ni pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Resepi cucur kacang hijau ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Jalilah Jamaludin. Cucur ni sesuai dihidang untuk minum petang. Makan panas-panas dengan sos cili atau sos kicap lagi sedap.
Try korang buat cicahan cucur ni. Campur je kicap cair, mustard dan madu. Memang sedap weh! Dalam cucur ni siap ada sayur. Antara sayur yang ada dalam cucur ni adalah carrot, cendawan dan taugeh. Hiris nipis sebelum masuk dalam adunan cucur nanti.

RESEPI CUCUR KACANG HIJAU
Mesti ramai yang tak pernah cuba cucurbite kacang hijau ni kan. So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan cucur kacang hijau ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kacang hijau
- Carrot
- Cendawan
- Taugeh
- Kimchi
- Spring onion
- Kucai
- Daging lembu/ayam/seafood
- Garam
- Lada sulah
- Tepung gandum
CARA PENYEDIAAN CUCUR KACANG HIJAU :
▶️ Kacang hijau yang tak berkulit direndam 3-4 jam atau semalaman.
▶️ Kemudian, diblend sehingga halus. Air jangan banyak sangat.
▶️ Campurkan bahan-bahan lain seperti carrot, cendawan, taugeh, kimchi, spring onion, kucai, daging lembu/ayam/ seafood etc.
▶️ Perasakan dengan garam & lada sulah etc.
▶️ Tambah tepung gandum sikit. Adunan jangan pekat, jangan cair sangat untuk dapatkan cucur yang lembut.
▶️ Goreng dalam minyak yang sederhana banyak. Goreng jangan tebal sangat. Tak perlu sampai tenggelam semua adunannya.
▶️ Goreng sampai garing sikit. Siap!
BACA JUGA : Resepi Rojak Ayam Pantai Timur. Pedas-Pedas Dan Sedikit Manis Kuahnya, Memang Sedap!
Boleh cicah cucur kacang hijau ni dengan sos cili atau sos kicap yang dibuat menggunakan kicap cair campur mustard dan madu. Memang layan makan cucur ni petang-petang. Dapat pulak kopi panas lagi sedap!
Cucur udang dah biasa sangat kita makan. Adunan cucur kacang hijau dan cucur udang tak jauh beza pun resepinya. Cuma ada beberapa bahan tambahan yang diperlukan. Contohnya kacang hijau, kimchi dan cendawan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Jalilah Jamaludin kerana sudi berkongsi resepi cucur kacang hijau yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!