Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Daging Utara Simple. Daging Lembut Dan Nasi Pun Cantik Helok, Confirm Nak Lagi!
Walaupun first time cuba nasi daging Utara simple ni, sure korang akan terus jatuh cinta. Bukan takat sedap, dagingnya pun lembut. Nasi pula masak elok je, confirm korang akan repeat lagi. Hidang sekali dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur lagi sedap. Bertambah-tambah nasi dibuatnya!
Kalau nak buat nasi daging Utara ni korang memang kena matchkan dengan air asam kerisik bawang. Barulah best nak makan nanti. Orang kata kalau takde air asam kerisik tu memang tak sedap nak makan nasi daging. Betul ke? Ha, kena try ni. Barulah tahu macam mana rasanya kan.
Rumah terbuka pun masih meriah lagi sekarang ni. Mesti korang pun ada dapat jemputan kan? Kalau korang yang nak buat open house, korang boleh masak juga nasi daging Utara ni. Bukan orang Utara je boleh masak, kita yang duduk Negeri lain pun boleh masak.
Resepi nasi daging Utara yang simple ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Norzy Yusuff di Facebook. Resepi ni dah dapat 14k share kat Facebook. Ramai rupanya penggemarnya ye. Mungkin juga anak-anak muda yang asal dari Utara dah rindu dengan masakan daging Utara air tangan mak. Sebab tu nak try sendiri kat rumah.
Resepi ni sangat simple. Dan boleh juga di hidang dengan rendang telur. Raya kan sebulan. Kalau tak nak makan rendang ayam dan rendang daging, korang masak lah rendang telur ni pula. Makan dengan nasi daging Utara dan air asam kerisik, sedap tau! Memang jatuh cinta di buatnya.
RESEPI NASI DAGING UTARA SIMPLE
So tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Masak sendiri lagi puas hati. Kalau beli kat luar belum tentu ngan dengan rasa tekak. Jom tengok cara-cara penyediaanya kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan nasi daging Utara simple :
- Daging direbus empuk (ketepikan)
- Rendam Beras Basmathi 3pot 30minit
Bahan-bahan tumisan :
- 2sudu minyak sapi + minyak masak 2sudu
- Bwg Besar 2 biji*
- Bwg Putih 6 ulas*
- Halia 3inchi*
- 4sekawan
- Kulit kayu Manis/Bunga Lawang/BungaCengkih/Buah Pelaga
- Rempah Kurma 2sudu
- 2 helai daun pandan
- Tomato 2bj
- Susu cair 3/4 tin
- 3/4 sudu penuh garam
- Sedikit cukup rasa
- Air rebusan daging
- Daun Ketumbar
**Mayang halus bahan-bahan bertanda*
Bahan untuk air asam kerisik bawang :
- Bawang besar 2biji
- Tomato 2 biji
- Cili api 10biji
- Air asam Jawa 1 mangkuk
- Kerisik 3 sudu
- Belacan bakar
- Garam
- Gula
- Cukup rasa
**Campur semua bahan dah siap!
Bahan untuk rendang telur :
Bahan A :
- 10bj Bawang Kecik
- 5 ulas Bawang Putih
- 3 inchi Halia
- 2 Btg Serai
** Blender lumat
Bahan B :
- 5bj telur (direbus)
- 1 Btg serai (diketuk)
- 2 senduk Cili blender
- 3 sudu Kerisik
- Santan kotak
- 2 helai Daun Kunyit
- 1 kpg Asam Keping
- Garam
- Gula
- Cukup Rasa
- 1/2 genggam Cili Api*
- 1 ketul Kunyit Hidup*
**Blender lumat bahan bertanda*
CARA PENYEDIAAN NASI DAGING UTARA SIMPLE :
▶️ Tumiskan 4 sekawan dan bahan* yang dimayang sehingga garing.
▶️ Masukkan daun pandan dan rempah kurma.
▶️ Masuk pula air rebusan air 4 1/2 cwn pot yang sama dan susu cair. Didihkan sekejap dan masukkan garam, cukup rasa & tomato.
▶️ Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang dah direbus empuk.
▶️ Last sekali bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan helok gebu dan wangi.
Cara penyediaan rendang telur :
▶️ Tumis Bahan A & 1 btg serai yang diketuk. Tumis sehingga garing.
▶️ Masukkan cili blender dan garingkan sekejap barulah masukkan Bahan B. Garingkan betul-betul baru masuk garam, santan dan tambah air.
▶️ Last sekali perasakan dengan gula, cukup rasa, daun kunyit, asam keping dan masukkan telur. Kacau sekejap, siap!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Puding Trifle Yang Cantik Dan Sedap. Lagi Best Makan Sejuk-Sejuk. Anak-Anak Pun Suka!
Siap untuk dihidang! Nasi tu kena guna Basmathi, barulah cantik jadinya, Tips masa nak masak nasi ni korang jangan kacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah. Resepi nasi ni lembut. Kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.
Untuk pengetahuan Cik Puan Norzy Yusuff seorang yang gemar berkongsi resepi di Facebook. Banyak resepi menarik yang korang boleh cuba kat situ nanti. Resepi rendang ayam pun ada, nampak sedap. Boleh try untuk next resepi nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi nasi daging Utara simple, air asam kerisik bawang dan rendang telur ini kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!