Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Biskut Almond Choc Chip Ala Famous Amos. Resepi Mudah Dan Sedap!
Pernah makan biskut kayangan famous amos? Masuk mall terus tangkap bau dia. Memang sedap dan boleh tergugat rasa nak beli. Biskut almond choc chip macam ni memang ramai yang suka makan. Manis dia, coklat dan rasa cookies dia ngam dalam satu rasa.
Sejak PKP Fasa 1 lagi, ramai yang mula masuk dapur. Kongsikan pelbagai resepi viral. Baik dekat facebook, tik tok, Instagram mahupun twitter. Banyak snagat resepi viral yang sedia untuk dicuba. Termasuklah biskut cip almond atau biskut ala famous amos ni.
Daripada perkongsian Cik Puan Baizura Muhammad ni, beliau kongsikan macam mana beliau buat biskut ni step by step. Setiap adunan yang dibuat, boleh tahan juga banyak yang dapat. Tak berebut lah kalau anak-anak suka tu.
Walaubagaimanapun, resepi asalnya dikongsikan oleh kawan beliau iaitu Cik Puan Anney Z Mustapha. Bahan yang digunakan pun tidaklah susah dan mudah nak dapat.
Bagusnya nak buat cookies ni, cara dia sangat-sangat simple. Tak perlu mixer atau blender pun. Kacau pakai senduk sahaja dah boleh jadi.
RESEPI BISKUT ALMOND CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
Bila dah tahu resepi nak buat biskut ala-ala famous amos ni, lepas ni bolehlah buat sendiri dan simpan untuk kudap-kudapan.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 250 gram butter
- 1 ¼ cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 2 ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak masak
- 2 cawan coklat chip
- Almond nips / almond flake
▶ Mula-mula sekali, satukan butter, brown sugar, esen vanilla dan juga telur.
▶ Menggunakan senduk atau spatula, kacau je sampai siebati. Jangan pakai mixer tau! Kacau sampai sebati sahaja bukan sampai kembang
▶ Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan juga minya masak.
▶ Kacau lagi sampai semua bahan sebati. Slow-slow je sebatikan.
▶ Bila dah sebati, masukkan choclat chip. Gaul lagi perlahan-perlahan sehingga adunan kita penuh dengan coklat chip di setiap ruang.
BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng Cili Padi Super Sedap. Memang Wajib Cuba!
▶ Boleh campurkan almond nips atau almond flake jika suka. Dah campur, gaul lagi sampai sebati.
▶ Seterusnya, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Tutup adunan supaya tak serap bau makanan lain dalam peti.
▶ Simpan sehingga adunan jadi keras sikit masa ni.
▶ Sediakan tray pembakar, sapukan dengan marjerin atau butter. Cubit adunan dan susun atas tray. Cubit je dan letakkan atas tray. Tak perlu bentukkan dia, sebab nanti dia akan leper sendiri.
▶ Panaskan oven, bakar dengan suhu 150’c selama 20 minit.
▶ Bila cookies kita dah start mengembang, jangan buka oven pulak ye. Nanti tak menjadi!
▶ Dah masak, keluarkan dia. Sejukkan dulu baru dia akan crunchy. Kemudian, simpan dalam balang.
▶ Sedia untuk dimakan!
Seronoknya dapat hasilkan cookies sendiri macam ni. Bila dah tahu resepi, senang lah lepas ni nak buat sendiri pada bila -bila masa. Anak-anak pu confirm suka.
Waktu bakar cookies ni, memang akan menduga keimanan sikit lah sebab bau dia tu akan sedap dan wangi je satu rumah. Alang-alang tu, buat lebih sedekahkan kepada jiran.
Jadi, kepada yang nak buat, boleh follow resepi Biskut almond choc chip yang saya kongsikan ni ya. Selamat mencuba!