Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lepat Jagung Yang Sedap Manis. Balut Guna Kulit Jagung Jer!

Resepi lepat jagung
0 3,223

Kalau siapa belum pernah cuba makan lepat jagung, memang wajib cuba follow resepi ni. Serious sedap dan uniknya, balut menggunakan daun jagung tu sendiri.

Biasanya kita buat lepat, kan bungkus dengan daun pisang kan? Sama ada lepat pisang, lepat labu, lebat ubi, mesti balut dengan daun pisang. Tapi tak sangka kulit jagung ni pun boleh digunakan untuk buat pembalut.

Ramai yang dah kongsikan sebenarnya resepi lepat jagung ni. Jadi, tak dpaat dipastikan makanan asalnya daripada negeri mana. Asalkan semua orang boleh buat dah kira okay lah kan. Sama-sama rasa dan cuba.

Ada yang katakan ianya menu tradisional dari dulu lagi memang dah ada. Cuma jujurnya saya tak pernah nampak sebelum -sebelum ni. Walaubagaimanapun, ada yang suka gunakan daun pisang lagi daripada kulit jagung tu. Sebab daun pisang lebih wangi.

Perkongsian ini, dikongsikan oleh Cik Puan Hajar Ghani melalui facebook beliau. Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan Teknik lipatan menggunakan kulit jagung.

 

RESEPI LEPAT JAGUNG

Pilih jagung manis supaya dapat hasilkan lepat jagung yang sedap dan manis. Gantikan kepada daun pisang, jika ada yang nak gunakan daun pisang tau.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 3 tongkol jagung ( disagat )
  • 1 tongkol jagung ( dihiris )
  • 1 cawan tepung beras
  • ¾ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • ½ cawan gula
  • 1 ½ cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Kulit jagung untuk membungkus

 

CARA PENYEDIAAN LEPAT JAGUNG :

▶ Mula-mula sekali, satukan kesemua bahan di atas. Bahagian tepung, ayak dulu supaya tiada bahan-bahan lain.

▶ Masakkan adunan di atas api yang perlahan. Sentiasa kacau dan masak sampai dia likat.

▶ Kemudian, sediakan kulit jagung. Bersihkan dulu dengan kain supaya bersih.

▶ Masukkan 1 sudu besar adunan. Bungkus dan kemaskan lipatan.

▶ Panaskan periuk pengukus dan kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

Dengan cara yang sama, balut dengan daun pisang yang dipotong kecil. Sebelum tu layurkan dulu daun pisang atas api supaya lembut.

BACA JUGA: Resepi Biskut Almond Choc Chip Ala Famous Amos. Resepi Mudah Dan Sedap!

Sebenarnya nak buat lepat jagung ade beberaa cara dan versi. Kerana ada yang syaa jumpa, campurkan sekali dengan kelapa parut untuk dapatkan rasa yang lebih sedap dan berlemak.

Ada juga yang kongsikan, campurkan sedikit dengan jagung tin. Jadi, bila lain orang lain caranya. Tapi saya yakin, rasanya pasti marvellous walau apa juga cara yang dikongsikan.

Jadi, kepada yang baru nak cuba, boleh tengok banyak lagi resepi lepat jagung yang saya kongsikan di sini. Jagan lupa cuba buat lepat jagung ni ya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open