Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Choc Moist Lava Cheese Kukus. Kalau Jual Mesti Ada Yang Repeat Order!

0 502

Ada yang tercari-cari resepi kek choc moist lava cheese? Sekali cuba resepi ni pasti nak lagi. Tak perlu bakar cuma kukus sahaja. Curahan cheese leleh pada kek membuatkan ramai yang jatuh cinta dengannya.

Hasilnya nampak gebu, nak jual pun boleh. Confirm laku keras! Sekarang ni nak buat lava kek pun dah mudah. Dah ada jualan tepung instant dikedai Eco, harga pun murah je. Kalau sesaja nak buat tu, bolehlah beli.

Walaupun harganya murah, rasanya tidak seenak adunan tepung yang kita buat sendiri. Jadi lebih baik buat sendiri dari menggunakan tepung instant. Hasilnya juga buat anda lebih puas hati!

Meringue perlu dibuat dengan teknik yang betul. Mix sehingga dapat tekstur yang mencacak. Manakala bahagian topping kek pula boleh dipelbagaikan ikut kesukaan masing-masing.

Untuk resepi kek choc moist lava cheese ini, Cik Puan Norhafizan Ezan Sulaiman menggunakan topping cheese yang ditaburkan dengan serbuk koko dan choc chip. Nampak menyelerakan. Confirm menjilat jari dibuatnya!

 

RESEPI KEK CHOC MOIST LAVA CHEESE

Ramai yang suka dengan gabungan kek choc dan cheese. Lebih-lebih lagi bila cheesenya meleleh. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk meringue :
  • 4 biji telor
  • 1/2 cwn gula perang
  • Esen vanila
  • 1 sudu besar ovalette

 

Bahan untuk kek :
  • 1/2 susu pekat
  • 1/4 cwnSusu cair/ susu full krim
  • 1/2 cwn air suam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cwnserbok koko
  • 1/2 cwnserbuk milo

 

Bahan untuk topping cheese :
  • 300 gramcheese
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1/2 cwn susu full krim
  • Serbuk koko (hiasan)
  • Coklat chip (hiasan)

CARA PENYEDIAAN KEK CHOC MOIST LAVA CHEESE :
Cara penyediaan meringue :

▶️ Putar 4 biji telor, 1/2 cwn gula perang, esen vanila, 1 sudu besar ovalette. Mix guna high speed sampai jadi kental dan bercacak. Ketepikan.

Cara penyediaan kek choc moist :

▶️ Masukkan 1/2 cwn susu pekat, 1/4 cwn susu cair atau susu full krim, 1/2 cwn air suam dan 1/2 cwn minyak masak. Mixkan sekejap. Kemudian, matikan mixer dan kacau dengan spatula bagi sebati.

▶️ Ayakkan 1 setengah cwn tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder, 1/2 cwn serbok koko dan 1/2 cwn serbuk milo.

▶️ Kemudian, masukkan adunan tepung ke dalam adunan meringue tadi. Kacau gunakan whisk sampai adunan licin tak berketul.

▶️ Masukkan dalam bekas saiz 6 inci dan ready untuk dikukus. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu sampai air menggelegak baru masukkan bekas.

▶️ Wrap bahagian atas supaya air kukusan tak jatuh kedalam adunan.

▶️ Gunakan api paling high. Kalau slow adunan bantat dan tak naik.

▶️ Siap dikukus, keluarkan dan ready untuk di terbalikkan.

Cara penyediaan topping cheese :

▶️ Campurkan 300 gram cheese, 1/2 cwn susu pekat dan mix sampai sebati.

▶️ Kemudian, tuangkan 1/2 cwn susu full krim. Mixkan sebati dan tuangkan adunan topping ke dalam kek.

▶️ Taburkan serbuk koko dan choc chip dibahagian atasnya. Siap!

 

BACA JUGA: Masak Daging Goreng Halia Atau ‘Ginger Beef Stir Fry’. Mudah Dan Pastinya Enak!

 

Boleh jual 1 biji RM30. Yang tak biasa buat kek pun, mesti boleh buat. Dengan syarat gunakan saja step by step resepi ini. Musim PKP ni nak beli kek kat luar pun kita dah risau. Apa kata buat saja secara homemade.

Birthday anak-anak kali ni, kita akan buat kek choc moist lava cheese. Boleh deko ikut kreativiti masing-masing. Sambil buat sambil asah skill baking. Seronok juga kan. Takde la bazirkan duit beli kek diluar. Mahal pula tu.

Lepas ni nak sambut birthday suami pun dah boleh buat kek homemade. Suami lebih hargai air tangan isteri tau. Semoga resepi kek choc moist lava cheese ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open