Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Rajin Sangat Tengok Drama Korea, Wanita Ni Kongsikan Buat Pancake Popia Ala Kpop!

Resepi pancake popia K-pop
0 1,307

Bila banyak masa cuti, habiskan tengok drama Korean ajelah kan. Tengok makanan diorang semua sedap-sedap rasa nak makan je. Sampailah tercetus idea nak buat pancake popia ala kpop ni. Bila sebut pancake rasa lah macam oversea sikit kan. Hehe

Untuk perkongsian resepi kali ni, agar menarik sebab kita akan menggunakan kaedah seperti cucur pada bahan asasnya. Akan tetapi akan menjadikan kulit popia sebagai kulit luarnya. Nanti bila gigit, akan terasa rangup di luar dan lembut isi di dalamnya.

Alang-alang kulit popia banyak dan tak tahu cara nak habiskan, inilah cara paling sesuai boleh luakkan kulit popia dengan lebih pantas.

Syarat nak makan pancake ni, cicah dengan sos Thai. Barulah ngam sebab aroma daun ketumbar yang digunakan. Tapi kalau tidak ada, gunakan sos biasa pun tiada masalah.

Kalau resepi yang dikongsikan ni milik Cik Puan Tengku Roselyza Raja Muhammad memang saya tak perlu risau sebab penerangan setiap Langkah dan bahan digunakan sangat jelas dan mudah difahami.

 

RESEPI PANCAKE POPIA ALA KPOP

Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi pancake ini lebih kepada apa yang kita mahu masukkan dalam pancake kita. Jika ada sosej, boleh masukkan. Ada isi ayam, boleh juga masukkan sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kulit popia
  • 10 ekor udang ( potong kecil)
  • 1 sudu lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3 ulas bawang putih ( cincang halus )
  • Daun kucai
  • 1 cili merah besar ( cincang halus )
  • 2 seduk kecil tepung jagung @ 4 sudu besar
  • 1 biji telur
  • Sedikit tepung gandum + air ( sebagai bancuhan gam)

 

CARA PENYEDIAAN PANCAKE POPIA :

▶ Mula-mula sekali, satukan semua bahan-bahan di atas kecuali tepung gandum dan juga kulit popia. Gaulkan semua bagi sebati.

▶ Ambil kulit popia bersaiz kecil, lipat dua dan gunting.

▶ Satu bahagian, letakkan adunan bahan. Satu bahagian lagi sapu dengan bancuhan tepung gandum sebagai gam. Tekan sekeliling supaya ianya kemas dan tidak terkeluar.

▶ Buat sampai habis adunan tepung atau kulit popia.

▶ Akhir sekali panaskan minyak. Goreng sehingga kekuningan. Nampak ianya dah garing, bolehlah angkat dan toskan sekejap.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Ikan Siakap Stim Lemon Ala Thai Hidangan Makan Malam Seisi Keluarga! Rasa Padu.

 

Waah! Rasa tak sabar nak makan pancake popia ala Kpop  ni. Sudah pasti rasa dia sedap sebab rangup di luar dengan isi lembut di dalam. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je dan semua orang boleh buat.

Memang mudah nak faham kalau ikut betul-betul resepi yang dikongsikan. Buat makanan ni dan hidangkan untuk hidangan minum petang atau untuk tetamu yang datang.

Simpan dulu perkongsian ni supaya mudah untuk kita buat nanti bila berkesempatan. Sharekan di wall facebook agar lebih ramai dapat manfaat daripada perkongsian ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open