Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun. Makan Pedas-Pedas Memang Padu!

Ikan bilis kentang tumis suhun
0 6,361

Siapa je yang boleh tolak kalau dihidangkan dengan ikan bilis kentang tumis suhun ni. Dalam satu hidangan ada pelbagai bahan yang digunakan dan make sure sediakan nasi tambah tau!

Makanan simple macam ni memang boleh jadi kegemaran ramai. Siapa yang belum pernah rasa, wajib cuba masakan yang satu ni. Cara nak masak dia memang mudah, dan bahan-bahan pun semuanya senang nak dapat.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah ni walaupun dalam kuali pun dah nampak berselera sangat. Apatah lagi bila dihidangkan dalam pinggan dengan nasi panas-panas.

Untuk menghasilkan rasa yang sedap dalam masakan yang menggunakan ikan bilis, mestilah menggunakan ikan bilis yang betul. Jangan gunakan ikan bilis yang kecil, dan agak lama. Nanti masakan kita jadi kurang sedap.

Yang mana tak sempat nak buat hari ni, save dulu dan sharekan di wall facebok masing-masing ya. Supaya senang nak buat bila berkesempatan.

 

RESEPI IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN

Sesekali buat resepi macam ni untuk hidangan makan malam memang layan habis. Lengkap dalam satu hidangan ada pelbagai rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 biji kentang ( saiz besar )
  • 5-6 sudu besar ikan bilis ( cuci dan goreng)
  • 1 ikat suhun
  • ½ biji bawang besar ( hiris )
  • 4 ulas bawang putih ( ketuk)
  • 1 biji cili merah ( hiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Serbuk perasan knorr @ maggy
  • ½ sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS KENTANG TUMIS SUHUN :

▶ Mula-mula sekali, kupas ubi kentang, potong serong nipis dan goreng.

▶ Kemudian goreng ikan bilis sehingga rangup

▶ Gunakan minyak yang sama, anggaran dalam 5 sudu sahaja, tumis bawang putih dan bawang merah.

▶ Tumis sampai bertukar warna menjadi keperangan.

▶ Kemudian, masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Masak seketika sampai layu dan naik bau.

▶ Seterusnya, masukkan sos tiram, dan juga kicap manis. Gaulkan sesekali untuk bahan masak sekata.

▶ Masukkan pula suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Masak sampai suhun jadi lembut.

▶ Kuah dah mendidih, suhun pun dah lembut bolehlah masukkan kentang dan ikan bilis yang kita goreng awal tadi. gaulkan sekata masak sampai sedikit kering kuahnya.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Rajin Sangat Tengok Drama Korea, Wanita Ni Kongsikan Buat Pancake Popia Ala Kpop!

 

Waah! Betul-betul mudah je nak buat masakan ikan bilis kentang tumis suhun ni. Yang penting, suhunnya kena ada. Baru lah jadi unik dalam masakan ni.

Kebiasaanya jika sebut suhun, pasti ada fucuknya. Dan kedua-dua ini biasa dibuat dengan masak lemak putih, masak lemak kuning, goreng dengan bendi, makan dengan kuah lontong dan pelbagai lagi lah.

Cuma kali ni berbeza sedikit dengan menggunakan suhun sahaja dan masak bersama ikan bilis dan kentang ni. Cubalah! Pasti ada yang suka jika kita hidangkan untuk keluarga. Jika nak rasa pedas, titikkan cili padi ye. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open