Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lengkap Ayam Berlado 3in1. Siap Ada Sayur, Sambal Dan Ayam Dalam Satu Hidangan!
Nah, lauk 3 dalam 1 untuk korang. Dah siap ada ayam, sambal dan sayur. Tak payah beria nak masak asing bagai. Masuk dalam pinggan nanti, mesti korang gaul nasi sekali dengan lauk kan. Ni dia resepi lengkap ayam berlado 3in1.
Mudah, cepat dan semestinya sedap di makan. Korang boleh cuba resepi ni kat rumah kalau korang dah kelam kabut sangat nak masak. Lauk ni sesuai juga untuk korang yang kaki makan pedas. Takde pedas tak syok makan orang kata.
Tapi tahap pedas lauk ni korang boleh je adjust sendiri. Kita buat dia kan. Bukan dia buat kita. Sayur yang paling sesuai letak kat dalam hidangan ni adalah sayur kacang buncis. Tapi korang nak letak terung pun boleh. Sedap weh!
Resepi ayam berlado 3 dalam 1 ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yatie Kamar. Nampak sangat simple cara penyediaannya. Ramai tau share resepi ni kat Facebook. Rugi la kalau tak cuba.
Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya! Sampai licin pinggan tau. Masak berlado ni memang favourite aku. Walaupun aku ni sorang yang tak berapa nak tahan makan pedas.
RESEPI AYAM BERLADO 3IN1 ADA SAYUR, SAMBAL DAN AYAM
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaannya ayam berlado ni. Kot semua bahan dah ada kat rumah. Boleh la kita terus buat untuk lauk malam ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 kettle ayam (digoreng)
- Cili besar
- Cili api
- Cili hijau
- Bawang
- Bawang putih
- Assam keping
- Daun limau
- Gula 4 sudu
- Garam ikut cita rasa
- Minyak
- Kacang buncis (optional)
CARA PENYEDIAAN AYAM BERLADO 3IN1 ADA SAYUR, SAMBAL DAN AYAM :
▶️ Blend segala cili, bawang merah dan bawang putih.
▶️ Tumis sehingga naik minyak tambah sedikit air, gula, garam dan gaul biar sampai cili tu semua garing.
▶️ Letak asam keping dan tambah sedikit air lagi. Biarkan garing.
▶️ Kemudian, letak kacang buncis, daun limau dan masukkan ayam. Gaul rata dan tutup api. Siap!
BACA JUGA : Resepi Jagung Susu Cheese Leleh Yang Paling Lazat. Cheese Lover Confirm Suka!
Siap untuk dihidang! Fuh, bau pedas lauk ni sampai satu rumah terhidu. Korang nak bagi lagi pedas, korang boleh je tambah kuantiti cili tu. Sukatan asal untuk resepi ni takde ye. Korang boleh main agak-agak je nanti.
Aku ni takde la reti sangat nak masak. Tapi kalau ada resepi ayam berlado macam ni confirm aku belajar buat. Dah tak payah susah-susah nak masak sayur atau buat sambal asing lagi. Hidangan ni dah super lengkap. Tinggal hidang nasi je.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Yatie Kamar kerana sudi barkongsi resepi lengkap ayam berlado 3in1 ini di Facebook. Siap lengkap sayur dan sambal dalam satu hidangan. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!