Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Jagung Susu Cheese Leleh Yang Paling Lazat. Cheese Lover Confirm Suka!

0 152

Baru ni aku pegi Cameron Highlands. Tapi tak dapat makan jagung cheese. Tak jumpa abang viral tu. Terbeli kat tempat yang tak sedap. Hampa perasaan ni. Nasib aku jumpa resepi jagung susu cheese leleh ni kat Facebook. Yang ni nampak lagi sedap.

Kebetulan juga masa kat Cameron hari tu aku ada beli sedikit jagung. Murah ye! Macam tak sabar pulak nak cuba resepi ni. Ramai tau yang share resepi ni. Tak sama dengan jagung cheese kat Cameron tapi aku macam terliur nak makan pulak versi macam ni.

Guna jagung yang masih kat batang tu je. Lagi syok nak makan. Tapi korang kena potong pendek-pendek untuk memudahkan kita nak makan nanti. Guna jagung fresh ye, baru la syok. Resepi ni tak guna banyak bahan pun. 4 bahan je.

Resepi jagung susu cheese leleh ni telah dikongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hiền Sang. Nampak sangat-sangat menyelerakan. Buat sendiri kat rumah lagi puas hati. Cheese nak letak banyak pun boleh.

Aku ni pantang pegi pasaraya yang ada jual jagung kat depan-depan tu. Mesti nak beli. Nak makan cendol pun, kena letak jagung lebih. Memang favourite jagung la senang kata. Sebab tu bila nampak resepi ni aku terus save siap-siap.

 

RESEPI JAGUNG SUSU CHEESE LELEH  

Tak guna banyak bahan pun. Resepi jagung susu cheese ni hanya perlu guna 4 bahan sahaja. Cara penyediaannya jugak mudah. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya seperti di bawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 Tin susu pekat
  • 2 Tin susu Cair
  • Cheese keping
  • 8 Batang jagung

CARA PENYEDIAAN JAGUNG SUSU CHEESE LELEH : 

▶️ Potong 5 atau empat jagung. Jangan lupa simpul kan daun pandan sekali. Masuk semua 8 batang jagung.

▶️ Basuh bersih-bersih dan masukkan dalam periuk besar. Masukkan juga daun pandan dan jugak planta dalam 2/3 sudu.

▶️ Kemudian, masukkan pulak susu cair 2 tin untuk 8 batang jagung tadi.

▶️ Ni hasil setelah masuk susu cair 2, 1 tin susu pekat, sedikit gula ikut suka. Nak manis boleh letak lebih.

▶️ Kemudian letakkan cheese 4 keping.

▶️ Ni hasil selepas masuk cheese. Tunggu  sampai dia mendidih dan tunggu kuah dia lembam-lembam.

▶️ Tadaa dah siap jagung susu cheese leleh kita. 

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Masin Kurau Cili Kering Bersos Tiram. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Mudah je kan! Dah boleh makan jagung cheese leleh kita ni. Tak dapat yang Cameron punya pun takpe la. Yang ni pun dah cukup sedap weh. Sekali gigit jagung terikut sekali dengan cheese. Memang leleh!

Jagung susu cheese leleh ni kena makan panas-panas. Sebab bila dah sejuk. Cheese dah tak tertarik-tarik lagi. Hujung minggu ni boleh la buat. Anak-anak mesti suka sampai licin periuk dibuatnya. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hiền Sang kerana sudi berkongsi resepi jagung susu cheese leleh ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open