Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Talam Nagasari Yang Sedap Dan Confirm Menjadi. Rasa Lemak Manis Kat Mulut!

0 144

Tak pernah lagi try buat resepi kuih talam nagasari ni. Tak tahu juga kenapa nama dia nagasari. Memang pelik sedikit. Kuih ni jenis kuih talam yang ada campuran pisang dan ubi keledek. Sesuai sangat buat pencuci mulut petang-petang ni.

Kuih talam ni boleh dibuat pelbagai ye. Tapi versi pisang dan ubi keledek ni aku tak pernah jumpa lagi. So, boleh la buat nanti. Baca review orang kat Facebook, kuih ni dikatakan sedap dan rasa lemak manis. Lagi sedap bila tergigit pisang dan ubi tu.

Kuih ni boleh dihidang sejuk keluar dari peti. Tapi tak semua orang suka. Boleh juga dijadikan pencuci mulut bila korang buat majlis kenduri atau open house. Cara nak buat kuih talam nagasari ni mudah ye. Korang kena cuba!

Resepi kuih talam nagasari ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Siti Hasnah AR. Ramai tau yang share resepi ni kat Facebook. Dah vampier 3.1k share. Nak pikat hati mak mertua, boleh la buat kuih ni nanti.

Tengok dari gambar je aku dah teliur nak makan. Esok hujung minggu aku plan nak buat. Tapi nak cari pisang dulu. Actually, resepi ni boleh je olah sedikit-sedikit. Kot korang nak ganti pisang campur isi nangka pun boleh.

 

RESEPI KUIH TALAM NAGASARI

Tak sabar pulak nak cuba resepi ni kat rumah. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih talam nagasari ni. Step by step cara penyediaannya juga ada dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 7 biji pisang masak (di potong-potong bulat)
  • 1 biji keledek manis (di potong memanjang kecil)
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 kotak kecil santan (kara)
  • Tambah air jadikan 3 cawan santan
  • Secubit garam
*Satukan semua bahan dan gaul rata sampai sebati.

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM NAGASARI :

▶️ Mula-mula, masukkan pisang dan ubi dalam adunan.

▶️ Seterusnya, panaskan pengukus.

▶️ Sapu loyang dengan sedikit minyak.

▶️ Tuang adunan dan ratakan.

▶️ Kukus selama 20 minit dan biarkan sejuk sebelum dipotong!

 

BACA JUGA : Resepi Lengkap Ayam Berlado 3in1. Siap Ada Sayur, Sambal Dan Ayam Dalam Satu Hidangan!

 

Aku memang suka makan kuih talam. Tu yang berkenan dengan resepi ni. Dulu mak aku pun niaga macam-macam jenis kuih talam. Tapi tak niaga hari-hari. Seminggu sekali je kat pasar pagi. Tak pernah tak habis kuih talam mak aku. Memang laku!

Aku geram je tengok kuih talam nagasari ni. Timbul cantik pisang dan ubi keledek tu. Korang nak ganti ubi keledek ungu ke merah ke pun boleh. Buat naik seri warna kuih talam ni je. Barulah nampak meriah kuih talam kita. Ye dok!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Hasnah AR kerana sudi berkongsi resepi kuih talam nagasari yang lemak manis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open