Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat 3 Biskut Lagend Iaitu Biskut Arab, Biskut Makmur Inti Kacang Dan Inti Kurma. Biskut Yang Menjadi Kesukaan Ramai!

0 3,738

Ini dia tiga resepi biskut lagend iaitu biskut arab, biskut makmur inti kacang dan juga biskut makmur inti kurma lembut. Ketiga-tiga biskut ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Apa yang membezakan antara biskut arab dan biskut makmur?

Biskut arab tidak mempunyai inti dibahagian dalamnya dan memerlukan tepung jagung dan tepung gandum. Manakala biskut makmur pula mempunyai inti dibahagian dalamnya seperti kurma dan kacang tanah dan tidak memerlukan tepung jagung.

Biskut arab dan makmur menggunakan minyak sapi sebagai bahan utamanya selain menggunakan tepung gandum dan tepung jagung yang telah disangai. Secara modern, anda perlu sangai tepung gandum dengan menggunakan oven sahaja.

Biskut arab dan biskut makmur ini akan disalut dengan menggunakan gula kastor ataupun gula incing. Selain warna putih, biskut arab dan biskut makmur ini boleh dipelbagaikan warnanya mengikut citarasa masing-masing.

Teksturnya yang gebu dan mudah hancur dimulut pasti menjadi kesukaan ramai. Jom kita lihat perkongsian 3 resepi biskut yang dikongsikan oleh Cik Puan Makcik Ratu melalui laman facebooknya.

 

RESEPI BISKUT LAGEND IAITU BISKUT ARAB, BISKUT MAKMUR INTI KACANG & INTI KURMA

Take note resepi ni, boleh buat biskut raya haji nanti. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan 3 jenis biskut ini dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan biskut arab :
  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 cawan gula castor
  • Secubit dua garam halus
  • 3 1/2 cawan tepung gandum (sangai dalam oven dan tapis)
  • 2 sdb tepung jagung
  • 5 sdb susu tepung
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan susu tepung

 

CARA PENYEDIAAN BISKUT ARAB :

▶️ Mula-mula campurkan minyak sapi, gula castor dan secubit dua garam halus sebagai perasa.

▶️ Masukkan pula tepung gandum yang telah disangai, tepung jagung dan susu tepung. Gaul sebati semuanya sehingga menjadi doh yang cantik.

▶️ Bentukkan doh menjadi bulatan kecil ikut kesukaan masing-masing. Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C atau ikut oven masing-masing.

▶️ Dah siap masak, salut dengan gula icing dan susu tepung.

Bahan biskut makmur inti kacang :
  • 3/4 -1 cawan minyak sapi
  • 1/2 cawan gula kastor
  • Secubit dua garam halus
  • 4 cawan tepung gandum (sangai dalam oven dan tapis)
  • Gula kastor atau gula icing

 

Bahan untuk Inti kacang :
  • Kacang tanah kisar
  • Gula kastor

 

CARA PENYEDIAAN BISKUT MAKMUR INTI KACANG TANAH :

▶️ Mula-mula campurkan minyak sapi, gula castor dan secubit dua garam halus sebagai perasa.

▶️ Masukkan pula tepung gandum yang telah disangai. Gaul sebati sehingga menjadi doh yang cantik.

▶️ Sediakan inti, gaul sebati kacang tanah kisar dengan gula kastor.

▶️ Bentukkan doh menjadi bulatan kecil ikut kesukaan masing-masing. Leperkan dan masukkan inti kacang tanah didalamnya. Tutup inti dan bulatkan.

▶️ Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C atau ikut oven masing-masing.

▶️ Dah siap masak, salut dengan gula kastor atau gula incing.

Bahan biskut makmur inti kurma :
  • 3/4-1 cawan minyak sapi
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus)
  • Secubit dua garam halus
  • 4 cawan tepung gandum (sangai dalam oven lebih kurang 15 minit)
  • Gula kastor atau gula icing

 

 Bahan untuk inti kurma :
  • Kurma (guna yang lembut sebiji potong dua)

 

CARA PENYEDIAAN BISKUT MAKMUR INTI KURMA :

▶️ Mula-mula, satukan minyak sapi dengan gula kastor yang dikisar halus. Kurangkan gula kalau taknak manis sangat. Sebab kurma dah manis.

▶️ Perasakan dengan secubit dua garam. Gaul rata.

▶️ Masukkan tepung gandum yang telah disangai. Gaul sebati semua sehingga menjadi doh yang cantik.

▶️ Sediakan inti kurma. Potong 2 kurma lembut.

▶️ Bentukkan doh menjadi bulatan kecil ikut kesukaan masing-masing. Leperkan dan masukkan inti kurma didalamnya. Tutup inti dan bulatkan.

▶️ Susun atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 180C atau ikut oven masing-masing.

▶️ Dah siap masak, salut dengan gula kastor atau gula incing.

 

BACA JUGA: Resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai Yang Memang Sedap. Tak Toleh Kiri Kanan Dibuatnya!

 

Siap untuk ketiga-tiga jenis biskut. Bila selesai dibakar, biarkan ia menyejuk secara semula jadi pada suhu bilik sebelum dimasukkan kedalam balang. Wajib disimpan dalam balang ye dan pastikan tutup rapat supaya semut tak masuk.

Semasa proses menyimpan dalam balang, susun biskut dengan berhati-hati. Kerana teksturnya gebu, lebih mudah pecah dan hancur. Kepada mereka yang gemar dengan biskut arab dan biskut makmur, raya haji tahun ni boleh buat dan follow resepi ini.

Tak perlu beli diluar, kerana proses penyediaannya sangatlah mudah. Semoga resepi biskut arab, biskut makmur inti kacang dan inti kurma ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open