Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Buat Cendol Hijau Yang Terlajak Mudah. Guna Botol Roti Jala Pun Menjadi Cantik Elok Je!

0 2,048

Bayangkan tengah musim panas, waktu tengah hari ni kita dapat hirup semangkuk cendol yang sedap betul rasa dia.  Dengan santan yang dicampur gula merahnya, cendol dia pun sedap. Memang dari semangkuk boleh jadi dua dan tiga!

Kalau keluar jalan petang- petang di taman, selalu nampak ada gerai yang jual cendol mesti akan singgah. Makan pulak dengan laksa atau bihun sup panas-panas. Sedapnyaaa tu!

Tapi sebenarnya nak buat cendol ni boleh buat sendiri, Cuma rajin dengan tak je. Sebab nak buat dia bagi sesetengah orang renyah atau payah. Nak senang, minum je kat kedai kan. Balik boleh rest.

Perkongsian nak buat cendol ni saya tertarik sebab ada cara yang lebih mudah dan kita boleh guna pemicit botol roti jala tu je pun boleh menjadi rupanya.

Save dulu perkongsian daripada Cik Puan Siti Julaiha Yusoff ni yang kongsikan cara beliau buat cendol hijau tu dengan cara yang mudah. Lepas ni, boleh belajar buat sendiri.

 

RESEPI CENDOL HIJAU 

Bahan-Bahan yang digunakan adalah :

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 3 cawan air pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Sedikit perwarna hijau

 

CARA PENYEDIAAN CENDOL :

▶ Mula-mula sekali, masukkan semua bahan ni dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Gunakan api perlahan sahaja dan sentiasa kacau untuk elakkan hangit di bahagian bawah.

▶ Sementara tu, sediakan satu mangkuk berisi air sejuk.

▶ Kemudian, masukkan cendol yang kita masak tadi ke dalam botol picit roti jala tu. Jika tiada boleh gunakan acuan maruku.

▶ Picit adunan ke dalam air sejuk tu. Nanti akan keluar bentuk cendol.

▶ Simpan dalam peti sejuk bersama air nya sekali. Nak guna baru toskan.

 

BAHAN LAIN UNTUK CENDOL

  • ½ kilogram pati santan segar
  • Sedikit garam
  • Gula merah / gula kabung / gula nisan
  • Daun pandan
  • Sedikit tepung jagung

CARA PENYEDIAAN :

▶ Pati santan digaulkan dengan sedikit garam. Sejukkan atau boleh letakkan ais batu ke dalamnya

▶ Gula merah cairkan dengan sedikit air. Simpul daun pandan dan masukkan bersama dalam periuk gula merah untuk wangi

▶ Kalau nak bagi pekat, boleh masukkan sedikit bancuhan tepung jagung

BACA JUGA: Dah Biasa Makan Donat Bulat Apa Kata Cuba Donat Pintal Ni. Rahsia Bagaimana Hasilkan Doh Yang Gebuss!

CARA HIDANGAN CENDOL :

▶ Toskan sesenduk kecil cendol hijau ke dalam mangkuk. Jika suka boleh lebihkan.

▶ Masukkan santan beserta air batu.

▶ Sendukkan sedikit air gula merah.

▶ Boleh tambah kacang merah, sagu, jagung manis dan bahan lain ikut citarasa kita.

Makan tengah cuaca panas, memang layanz tau! Tapi kalau di rumah, biasa tengah hari kita akan makan nasi kan. Jadi, boleh hidangkan waktu petang bersama bihun sup, laksa atau mi kari atau mi rebus.

Nak buat cendol ni senang, dan rasa dia pulak marvellous! Sekali dah rasa tu, confirm akan suka. Tapi factor penggunaan bahan juga sangat penting tau. Santan yang segar, bahan tidak hangit semunya memain peranan.

Jadi, kepada yang baru nak cuba buat, boleh cuba follow resepi cendol ni sebab cara yang dikongsikan mudah nak faham dan insyaAllah boleh menjadi hany dengan sekali percubaan.

Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open