Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ada Pisang Lebih Dekat Rumah, Buat Lepat Pisang Dengan Inti Kelapa Parut Ni. Serious Sedap!

Lepat pisang
0 2,091

Kalau ada pisang di rumah, lepat pisang selalunya menjadi pilihan untuk dibuat dan hidangkan sebagai makan pagi. Mudah nak buat, dan confirm akan habis licin.

Lepas pisang ni kalau dia tengah panas suam memang sedap dimakan sebab lembut dan rasa pisang dia lebih kuat. Sebab itu, kalau rumah saya lepat pisang ni dah sejuk, sanggup panaskan semula dalam periuk pengukus tau.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ieda Jahaya ni, mudah je untuk kita nak follow. Bagi yang mana baru nak belajar buat lepat pisang yang sedap, boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni.

Nak gunakan pisang apa pun boleh, terpulang kepada kita. Tapi ia lebih sedap kalau gunakan pisang emas atau pisang berangan yang masak. Rasanya lebih sedap dan manis.

Untuk yang tak berkesempatan nak buat lepat pisang ni sekarang, sharekan dulu resepi ini di wall masing-masing ye. Mudah nak rujuk semula dan boleh bagi manfaat kepada orang lain juga.

 

RESEPI LEPAT PISANG

Biasanya apa yang buat untuk makan pagi, akan sesuai dibuat sebagai hidangan minum petang. Namun tidak semua minuman hidangan petan sesuai untuk dibuat sebagai makan pagi. Bagi lepas pisang ni, ianya sesuai di buat untuk makan pagi dan minum petang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 biji pisang
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 cawan kelapa parut
  • Sedikit garam
  • Daun pisang

CARA PENYEDIAAN LEPAT PISANG :

▶ Mula-mula sekali, lenyek pisang sehingga halus dan hancur. Boleh lebihkan jika suka

▶ Kemudian sebatikan semua bahan-bahan bersama dengan pisang yang dilenyek tadi.

▶ Bila adunan dah sebati, ketepikan seketika.

▶ Layur daun pisang atas api untuk bagi daun pisang kita lembut.

▶ Potong daun pisang berbentuk segi empat.

▶ Letakkan adunan di bahagian tengah. Lipat kemas -kemas.

▶ Susun dalam periuk pengukus.

▶ Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Ada dua cara sebenarnya macam mana nak sediakan adunan lepat pisang ni sebelum dikukus. Cara kedua adalah. Campur sebati semua bahan kecuali kepala parut sahaja.

 

BACA JUGA: Cara Masak Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun. Makan Pedas-Pedas Memang Padu!

 

Kemudian, bila dah letakkan adunan atas daun pisang, leperkan sedikit, kemudian letakkan kelapa parut di bahagian tengahnya. Letak sedikit lagi adunan dan baru bungkus dengan kemas.

Kemudian barulah dikukus sehingga masak. ini bererti setiap kali gigitan kita tu akan terasa seperti ada inti kelapa parut di bahagian tengahnya. Jadi, terpulanglah kepada kita nak buat versi yang mana.

Saya yakin kedua-duanya sedap dan mudah dibuat. Dan jangan lupa makan ketika masih panas dan suam. Ianya lebih lembut dan marvellous!

Saya harap perkongsian resepi lepat pisang ni dapat memberi manfaat kepada korang semua dalam menghasilkan rasa lepat pisang yang sedap. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open