Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Yang Enak. Anak-Anak Pun Suka!
Pernah cuba buat biskut raya menggunakan cornflaks? Apa kata hari ini kita cuba resepi biskut cornflakes crunchy chocolate chips yang rangup dan sedap ini. Cuba je dulu, nak dekat raya nanti bolehlah buat lagi.
Raya haji pun dah tak lama, tak sampai sebulan je lagi. Tapi negara kita masih bertarung melawan covid-19. Memandangkan kita pun tak tahu sampai bila keadaan macam ni, semua kena get ready untuk beraya dirumah masing-masing.
Tak nak sedih-sedih. Semua orang lalui benda yang sama. Tak dapat pulang kekampung untuk beraya. Untuk semua ibu-ibu, kita kena gembirakan anak-anak kita walaupun dengan sambutan hari raya yang sederhana dirumah masing-masing.
Dengan itu dicadangkan kepada semua ibu-ibu untuk menggembirakan anak-anak dengan kudapan istimewa biskut conflakes crunchy chocolate chips ini. Cuma perlu ikut sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan AnNur Lawi ini.
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Sudah pasti dapat membantu ibu-ibu mencubanya secara homemade. Kalau anak-anak suka, ibu pun turut gembira.
RESEPI BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS
Conflakes sangat banyak kegunaannya. Selain dimakan bersama susu diwaktu pagi anda juga boleh membuat pelbagai jenis kuih raya yang menggunakan cornflakes sebagai bahan uatamnya. Jom kita cuba salah satu resepinya disini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250g buttercup atau boleh guna planta
- 1 cawan gula aicing
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3/4 cawan tepung jagung
- 2 cawan tepung gandum
- Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, diramas sedikit)
- Chocolate chips
- Chocolate rice (optional)
- Almond cincang (optional)
CARA PENYEDIAAN BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS :
▶️ Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
▶️ Kemudian, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tak perlu ayak. Kacau sampai semua bahan sebati. Adunan memang agak lembik, tapi jangan panik.
▶️ Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond. Gaul sebati.
▶️ Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun boleh.
▶️ Jarakkan sedikit, biskut akan mengembang. Tapi kembang yang biasa-biasa je sebab kita tak menggunakan soda bikarbonat dan baking powder.
▶️ Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu dalam 5-10 minit. Kemudian, bakar biskut pada suhu 160C masa 20 minit atau ikut oven masing-masing. Gunakan api atas bawah.
▶️ Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
BACA JUGA: Resepi Chee Cheong Fan Udang Yang Mudah Dan Halal. Masakan Ala Cina Buat Sarapan Pagi Anda!
Siap untuk dihidang buat anak-anak anda. Kalau tak raya pun boleh je buat biskut ni. Musim anak-anak tak boleh kesekolah, mesti mereka asyik lapar je. Boleh buat biskut ni untuk stok kudapan anak-anak sambil belajar dirumah.
Jangan bimbang atau panik kalau biskut lembik. Biarkan seketika dan sejukkan. Biskut akan keras dan crunchy. Pastikan juga sebelum adun cornflakes dengan bahan lain, ramas sedikit supaya bentuk biskut tak bertanduk-tanduk.
Apa yang penting untuk kita sekarang ni wajib ambil vaksin, jaga SOP dan berdoa supaya negara kita bebas dari Covid. Untuk penggemar cornflakes, semoga resepi biskut conflakes crunchy chocolate chips bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!