Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Chee Cheong Fan Udang Yang Mudah Dan Halal. Masakan Ala Cina Buat Sarapan Pagi Anda!

0 3,039

Pernah dengar resepi chee cheong fan udang? Sesetengah orang melayu mungkin tak berapa tahu dengan resepi ini, tapi cukup dikenali masyarakat china. Chee cheong fan merupakan menu yang sesuai untuk sarapan pagi bagi oarang cina.

Hidangan ini sering kita temui dikedai makan cina, atau kedai yang menjual dimsum. Untuk menghasilkan chee sheong fan ini, memerlukan teknik yang betul walaupun sebenarnya ia merupakan masakan yang mudah dibuat.

Di restoran atau kedai makan cina, mereka menggunakan kain untuk membuat chee cheong fan. Bila menggunakan kain, teksture chee cheong fan akan lebih nipis. Lagi senang nak dimakan dan meleleh dalam mulut.

Bagi kita yang home cook ni, pakai je alat dapur yang mana kita boleh gunakan. Dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Li Yow ini, pasti anda dapat menghasilkan chee cheong fan udang yang sedap secara homemade.

Beliau cuma menggunakan tray seperti dalam gambar yang dikongsikannya menerusi Facebook. Mungkin perlu sedikit kesabaran sebab kita nak ratakan air tepung senipis dan serata yang mungkin.

 

RESEPI CHEE CHEONG FAN UDANG

Nak tahu teknik yang digunakan untuk penyediaan chee cheong fan ini, kena follow caranya disini. Mungkin dapat membantu anda untuk mencubanya dirumah. Sebelum tu kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dahulu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Satu cawan tepung beras
  • Setengah cawan tepung jagung
  • Setengah sudu kecil garam
  • 3 cawan air

 

Bahan untuk kuah :
  • Satu cawan air
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 1/2 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN CHEE CHEONG FAN UDANG :

▶️ Satukan bahan tepung beras, tepung jagung, garam dan air. Kacau sehingga sebati. Sebelum dikukus, kacau lagi.

▶️ Oles tray besi dengan minyak. Tak perlu banyak, sekadar nak bagi licin je.

▶️ Masukkan air tepung dengan elok-elok dan rata. Kena adjust ke kiri dan ke kanan supaya air tepung dapat tutup semua permukaan.

▶️ Jangan letak air tepung terlalu banyak. Buat senipis mungkin.

▶️ Letak udang. Kalau udang kecil, masa kukus juga dikurangkan.

▶️ Kukus selama 1 minit 30 saat. Kalau udang kecil, adjust waktu kukus.

▶️ Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.

▶️ Cedok perlahan lahan. Gulung udang seperti gulangan dalam gambar.

▶️ Letakkan kuah, sedikit bijan, sedikit daun bawang dan sedikit bawang goreng.

▶️ Masukkan juga sambal udang untuk dapatkan lebih rasa. Sambal beli di cosway.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kek Batik Premium Super Marvellous. Lembut, Kurang Manis Dan Crunchy Biskutnya!

 

Siap untuk dihidang! Senang kan tutup mata pun boleh buat. Dalam resepi chee cheong fan udang ini bahan utama yang wajib ada ialah tepung beras dan juga tepung jagung. Sukatan diatas adalah untuk hidangan 4 orang makan atau lebih.

Chee cheong fan udang ini juga boleh dimakan dengan yong taufu tau. Jangan bimbang resepi ini halal. Sebab tu anda boleh buat secara homemade. Lagi pun pasti anda telah melihat satu persatu bahan yang digunakan tadi.

Kalau rasa was-was makan diluar, buatlah secara homemade. Ramai juga orang Melayu yang yang gemar dengan resepi chee cheong fan udang ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open