Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Air Soda Herbs Viral Yang Simple Dan Sedap. Berbuka Dengan Air Ni Rasa Nyaman Je Tekak!
Nak tanya juga lah, biasanya waktu berbuka korang akan buat air jenis apa ye? Ada tak yang pernah cuba air soda herbs ni? Kalau belum pernah try lagi, boleh lah cuba follow resepi air soda herbs viral ni di sini. Mudah dan tak perlu guna bahan yang banyak pun.
Bila pergi bazar ramadhan. Ada juga ternampak orang jual air macam ni. Tapi, tak sure cara penyediaannya macam mana. Bab air ni kena hati-hati sikit bila nak beli, takut juga ada yang guna air tak masak. Kalau perut tak ngam, memang sakit lah dibuatnya.
Mesti ada antara kita semua ni yang plan nak buat majlis berbuka puasa kat rumah kan? Ha! Apa kata korang hidangkan tetamu korang dengan air soda herbs ni. Mesti tetamu korang asyik ulang alik ke buffet untuk cedok air ni. Sedap tau!
Sekarang pula musim hujan panas tak menentu. Kalau dapat berbuka dengan air soda herbs memang rasa nyaman je tekak. Cara penyediaannya pun sangatlah mudah, yang mana korang hanya perlu campurkan semua bahan dan gaul bersama ketulan ais.
Mungkin modalnya agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan air yang biasa korang buat. Tapi sangat berbaloi dengan rasanya yang sedap. Jom kita follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nordiana Ab Kadil ni. Hari ni dah buat, esok confirm nak lagi!
RESEPI AIR SODA HERBS VIRAL
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat semua bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan air soda herbs ni. Keluar rumah nanti jangan lupa beli bahan yang kurang, bila buka nanti boleh lah try buat air sedap ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Aiskrim soda
- Laici
- Asam boi
- Daun pudina
- Lemon
- Serai
CARA PENYEDIAAN AIR SODA HERBS VIRAL :
▶️ Cuci semua bahan hingga bersih.
▶️ Hiriskan lemon nipis-nipis.
▶️ Masukkan daun pudina dan ramas sedikit biar keluar baunya.
▶️ Kemudian, masukkan lemon yang telah di hiris, asam boi, serai yang telah di titik dan buah laici.
▶️ Gaul sehingga sebati rasanya.
▶️ Dan akhir sekali, masukkan ketulan ais. Siap!
BACA JUGA : Resepi Cucur Udang Yang Lembut Dan Gebu. Kalau Tak Letak Udang Pun Dah Cukup Sedap!
Siap untuk dihidang! Opss! Jangan minum dulu, tunggu azan berbuka baru boleh minum okey. Faham je tengok air ni rasa tak sabar nak minum kan. Tergugat iman bulan-bulan puasa ni. Pastikan jangan buang air laici tin yang korang gunakan tu. Masukkan sekali untuk dapatkan rasa yang sedap pada air.
Resepi ni baru je Cik Puan Nordiana Ab Kadil kita post kat Facebook 13 April lalu. Dah dapat share dan like yang banyak dari pengguna Facebook. 3.2K share tu buka sikit ye. Nampak tak, orang kita ramai yang suka minum air ni. Korang bila nak cuba lagi?
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi air soda herbs viral ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua di bulan ramadhan yang mulia ini. Selamat mencuba!