Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Onde-Onde Bunga Telang. Jarang Jumpa Onde-Onde Warna Biru, Teruja Pulak Nak Try Buat Kat Rumah!

0 456

Kat kampung mak selalu buat onde-onde. Tapi macam biasalah kan, warna onde-onde yang kita tahu adalah hijau. Bila jumpa onde-onde warna biru ni, teruja pula rasa nak buat. Jom la kita follow resepi onde-onde bunga telang ni di sini.

Kenapa panggil bunga telang? Ha! Warna onde-onde ni sebenarnya terhasil dari air rebusan bunga telang. Bunga telang ni sebenarnya banyak manfaatnya. Antara khasiat air rebusan bunga telang adalah meningkatkan kewanitaan, mengecutkan jerawat, ubat insomnia, batuk, sebagai detox dan macam-macam lagi.

Kalau nak cerita khasiat bunga telang ni memang banyak sekali. Korang boleh search manfaatnya di google nanti. Untuk hari ni, kita kaji sikit macam mana nak buat kuih onde-onde guna air rebusan bunga telang ni.

Warna kuih ni menarik sangat! Bila dah siap nak uli dengan kelapa parut memang lagi cantik jadinya. Rasa tak nak makan pun ada! Mudah je nak buat, sama macam onde-onde biasa yang korang letak pewarna atau air pandan tu.

Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana kuih onde-onde bunga telang ni di buat, apa kata korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Siti Khairun Nur Akmal ni.Baru berapa hari lalu je, beliau share resepi ni di Facebook dah dapat 3.7K share.

 

RESEPI ONDE-ONDE BUNGA TELANG

Ok, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan onde-onde bunga telang ni. Make sure korang dapat bunga telang ye, baru lah boleh dapat onde-onde cantik macam ni. Nak guna perwarna pun boleh tapi mungkin tak kan sama dengan resepi ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung pulut
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 30+ kuntum Bunga Telang (rebus bunga & tapis ambil air sahaja & sejukkan)
  • Gula melaka (dipotong kecil)
  • 1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
  • Sedikit garam (gaul dengan kelapa parut)
  • Sedikit air kapur
  • 3 helai daun pandan (disimpul)

CARA PENYEDIAAN ONDE-ONDE BUNGA TELANG :

▶️ Kukus sebentar kelapa parut supaya tahan lebih lama.

▶️ Kemudian, gaulkan bersama sedikit garam.

▶️ Bancuh tepung pulut, tepung beras dengan air bunga telang & air kapur.

▶️ Gaul sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.

▶️ Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan.

▶️ Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil di tengah adunan.

▶️ Tutup adunan kemas dan bulatkan sehingga sekata.

▶️ Panaskan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan sehingga mendidih.

▶️ Masukkan bebola tepung tadi. Guna api sederhana

▶️ Apabila bebola timbul di permukaan air, bolehlah diangkat dan ditoskan.

▶️ Gaul bersama kelapa parut ketika bebola masih panas.

▶️ Onde-onde bunga telang sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Air Soda Herbs Viral Yang Simple Dan Sedap. Berbuka Dengan Air Ni Rasa Nyaman Je Tekak!

 

Wah! Siap untuk dihidang! Bulan puasa ni bolehlah buat banyak-banyak. Bagi jiran-jiran rasa sekali. Dapat juga pahala sedekah. Kalau jiran-jiran suka, korang suggest follow resepi yang ni. Memang mudah sangat. Kalau nak kuih onde-onde sedap, pastikan jangan kedekut nak letak gula melaka di dalamnya tau!

Lagi banyak, lagi sedap. Tak nak lah kuih onde-onde banyak rasa tepung je. Kalau tengok kat Facebook Cik Puan Siti Khairun Nur Akmal, dua-dua resepi tepung pelita dan onde-onde menggunakan bunga telang dah jadi viral. Ramai ye yang masih gemar dengan kuih-kuih tradisional macam ni.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi onde-onde bunga telang ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua di bulan ramadhan ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open