Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cencaru Sumbat Sambal Yang Simple Dan Sedap. Masak Guna Airfryer Je Senang!

0 642

Best juga kalau buat cencaru sumbat sambal untuk lauk tengahari ni. Lawankan pula dengan air asam. Fuh, Padu rasanya! Nak mudah, korang masak je dalam air fryer. Cantik je kejadiannya. Sedia bahan, tumis kejap sambal dah boleh bakar ikan cencaru dalam air fryer. Senang kan!

Bosan juga kalau selalu sangat makan ikan goreng. Sekali sekala nak juga makan ikan bakar. Kalau ada daun pisang lagi wangi ikan bakar kita ni. Tapi, masak simple-simple je pun dah sedap. Sebelum ni nak makan ikan bakar macam ni, terpaksa masak atas dapur. Tak pun buat api!

Sekarang zaman dah makin modern. Boleh bakar dalam air fryer je. Set masa dan biarkan. Tunggu je sampai masak. Senang kan! Air fryer sekarang pun boleh beli dengan harga yang murah. Banyak je brand mampu milik yang kita boleh beli. Kat Shopee pun ada.

Kekadang fikir juga. Kalau ada anak kecil dan kita ni selalu sibuk dengan kerja, memang elok sangat kalau ada airfryer kat rumah. Senang nak masak! Dah set semua masakan, Tak perlu lagi korang nak jaga. Sementara nak tunggu masak semua tu, korang dah boleh buat kerja rumah yang lain.

Ha! Tu yang nak share kat korang resepi cencaru sumbat sambal guna air fryer ni. Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Munira Ali ni. Simple, mudah dan semestinya sedap. Nak makan ratah macam tu je pun sedap. Tapi, make sure korang lawankan dengan air asam ok. Baru power!

 

RESEPI CENCARU SUMBAT SAMBAL

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan cencaru sumbat sambal guna air fryer ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ikan cencaru (dicici bersih)
  • Asam jawa

 

Bahan kisar/ tumbuk : 
  • 1 ½biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili besar
  • 4@5 tangkai cili api
  • Belacan sikit
  • Cukup rasa
  • Gula 1 sudu

CARA PENYEDIAAN CENCARU SUMBAT SAMBAL : 

▶️ Bland kasar semua bahan kecuali asam jawa. Asam jawa korang letak masa tumis.

▶️ Letak sedikit air je untuk pusing blander jangan banyak sangat. Kalau tumbuk lagi sedap.

▶️ Kemudian, tumiskan bahan bland sekejap sebab rasa sambal yang masak tu lagi sedap.

▶️ Letak minyak sikit je masa tumis. Nak bagi masak cili dan bawang.

▶️ Dah siap tumis, sumbat dalam ikan tadi.

▶️ Masukkan dalam air fryer.  Sembur minyak sikit untuk elak ikan tu kering.

▶️ Guna suhu 180C selama 15 minit. Kemudian, terbalikkan lagi 15 minit.

▶️ Nak garing lagi boleh tambah lagi 5 minit. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Paling Mudah Buat Puding Jagung Lemak Manis. Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat!

 

Siap untuk dihidang! Mudahkan nak buat cencaru sumbat sambal ni. Selalunya kalau makan kat ikan bakar, masak sumbat sambal ni juga antara yang paling ramai orang suka. Tapi, makan ikan bakar kat luar boleh tahan mahal juga kan. Baiklah buat sendiri kat rumah. Resepi pun senang je.

Memang lagi jimat makan kat rumah dari kat luar. Lagi-lagi kalau nak makan satu family. Betul tak! Korang tahu tak, ramai yang kata masak guna air fryer ni lebih sihat. Sebab kurang penggunaan minyak. Masakan pun masak elok je.

Korang kena ada satu air fryer kat rumah. Mudah nak masak nanti. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada Cik Puan Munira Ali kerana sudi berkongsi resepi cencaru sumbat sambal yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open