Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Bendi Goreng Ikan Bilis Untuk Hidangan. Serious Sedap!
Setiap hidangan kita sudah pasti tak lengkap kalau tak ada sayur kan. Andai dalam peti ada bendi sahaja, boleh cuba buat resepi Bendi Goreng Bilis ni. Confirm korang akan suka walaupun baru pertama kali rasa.
Resepi kali ni memangs angat ringkas dan mudah nak buat. Tak perlu nak sediakan banyak bahan pun, biasanya semua aka nada je dalam peti ais rumah kita.
Memang ada yang selalu buat bendi goreng, tapi uniknya resepi kali ni adalah kita akan menggunakan juga tauhu putih. Sedaaapnya! Bagi penggemar tauhu mesti suka makan masakan ini.
Apa-apa pun terima kasih kepada pemilik facebook saudara Mohd Rozmie yang sudi kongsikan kepada kit acara beliau masak bendi goreng ikan bilis ni. Ha, bukan calang-calang ya!
Walaupun kita tahu lelaki jarang yang pandai memasak, tapi bila jumpa yang pandai tu, boleh kalahkan perempuan lah masakannya.
RESEPI BENDI GORENG IKAN BILIS
Pastikan guna ikan bilis yang betul untuk buat masakan bendi goreng ni. Kata orang ikan bilis mata biru adalah paling sedap tapi ia juga adalah mahal. Jadi kita guna yang biasa-biasa sahaja ikut kemampuan masing-masing. Jangan yang terlalu halus tu tau.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 keping tauhu putih
- Ikan bilis ( 1 genggam)
- 6 ulas bawang putih
- 1 biji cili merah besar
- Garam
- Kiub pati ikan bilis ( optional)
CARA PENYEDIAAN BENDI GORENG IKAN BILIS :
▶ Mula-mula sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Potong dadu tauhu bersaiz sederhana. Bawang putih pula dihiris kasar atau tumbuk hancur. Dan potong serong nipis cili besar merah.
▶ Basuh bendi dan toskan seketika. Dekat bawah saya kongsikan 6 tip macam mana nak pastikan bendi tidak berlendir semasa digoreng.
▶ Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis yang sudah dicuci. Goreng sehingga ia bertukar keperangan.
▶ Ikan bilis dah perang, masukkan tauhu yang sudah dipotong dadu. Gaulkan seketika dan tauhu sedikit garing
▶ Seterusnya, masukkan bawang putih. Tumis sekejap sampai bahan-bahan ni kekuningan.
▶ Perasakan dengan sedikit garam dan kiub pati ikan bilis jika belum cukup masin. Ikan bilis dah memasinkan masakan kita tau.
▶ Kemudian, masukkan bendi yang sudah dipotong bersam acili merah. Besarkan api, dan kacau supaya bahan-bahan masak.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
STEP GORENG BENDI SUPAYA TIDAK BERLENDIR :
▶ Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi, masukkan garam 1 sudu dan rendam sekejap
▶ Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, keringkan dengan menggunakan tisu dapur. Jangan potong lagi ye bendi tu
▶ Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir
▶ Bila dah nak masukkan bendi dalam kuali, baru mula potong. Jangan biarkan ia terdedah dengan dipotong terlebih awal
▶ Masa masukkan bendi dalam kuali, terus besarkan api. Masak sekejap sahaja untuk makan pun rasa bendi masih segar
▶ Janagn masukkan air ketika goreng bendi. Sebab ia akan menambah lagi cairan dari lender yang sedia ada.
BACA JUGA: Asyik Sup Cendawan Je. Kali Ni Cuba Buat Sup Krim Labu Kuning Yang Awesome!
Fuuh! Dah la ada resepi bendi goreng ikan bilis ni. Siap ada tip dan rahsia lagi macam mana nak hasilkan bendi yang tidak berlendir ketika digoreng. Bagus betul tip-tip nya ni. Boleh dipraktikkan.
Kepada yang suka makan bendi, bolehlah buat resepi masakan Bendi Goreng Bilis ni nanti. Bila -bila ada kesempatan, rujuk sahaja semula perkongsian ini.
Semoga ianya memberi manfaat keada semua terutama kepada mereka yang sedang belajar untuk menjadi cekap memasak. Saya ucapkan selamat mencuba semua!