Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ikan Siakap Stim Lemon Ala Thai Hidangan Makan Malam Seisi Keluarga! Rasa Padu.

Ikan Sikap Masak Stim Lemon
0 11,134

Antara masakan yang paling suka dibuat dan hidangkan kepada family adalah Ikan Siakap Masak Stim Lemon. Kalau sebelum ni bias akita makan Siakap Stim Limau kan, hari ni kita tukar kepada lemon.

Ramai yang tak tahu, penggunaan lemon dalam makanan adalah sangat bagus. Fungsi lemon dengan tubuh badan kita pun ada banyak tau. Antaranya membekalkan vitamin C, membantu kita kekal terhidrat, turunkan berat badan, bantu system pencernaan dan banyak lagi lah.

Selain daripada itu, masak ikan menggunakan kaedah stim juga adalah cara terbaik dalam menjaga kesihatan diri. Bak kata pakar pemakanan, kurangkan minyak, banyak kan rebus, stim dan grill.

Untuk buat Ikan Siakap Masak Stim lemon ni sudah tentulah perlukan bahan-bahan lain yang mana membantu menaikkan rasa supaya lebih sedap dan marvellous!Ikan stim ni, bila dia hampir masak memang semerbak bau satu rumah.

Terima kasih Tuan Mohd Rozmie sebab suka sangat kongsikan resepi yang best-best untuk santapan kita bersama.

 

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LEMON

Masakan ala Thai ni memang terkenal dengan rasa masam dan pedas kan. Jadi, bahan-bahan yang kita gunakan pun sudah pasti untuk mendapatkan rasa yang terbaik dalam hidangan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji lemon ( ½ dihiris nipis dan ½ lagi perah jus)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji tomato
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • Daun sup

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM LEMON :

▶ Mula-mula basuh bersih ikan siakap ni. Buang segala isi perut dan kelar badannya.

▶ Kemudian, sediakan bahan-bahan lain juga. Mayang bawang besar dan bawang putih, hiris halus cili padi, tomato belah 6.  Daun sup juga bahagian kepada 2 bahagian. Batang dan sayurnya.  Boleh rujuk gambar utnuk lebih jelas.

▶ Masukkan serai dalam perut ikan dan juga bawah ikan. Seterusnya, masukkan bahan-bahan lain seperti bawang, tomato, halia. Hias semua bahan ni untuk distimkan bersama ikan.

▶ Tabur cili padi dan batang dari daun sup. Bahagian daunnya kita akan guna selepas dah masak ikannya. Akhir sekali, jangan lupa perahan jus lemon. Curahkan ke atas ikan

▶ Stim ikan sehingga masak. Anggaran dalam 15 hingga 20 minit lebih kurang.

▶ Ikan dah siap masak, taburkan daun sup dan juga hirisan lemon.

▶ Tutup Kembali periuk kukus kita dan wapkan dalam 5 minit sahaja untuk layukan dan sup dan sekatakan rasa lemon.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Lotus Biscoff Cheesecake Paling Simple Dan Mudah!

 

Tak sangka kan mudah je nak buat ikan siakap stim lemon ni. Bila diperhatikan resepi yang dikongsikan ni memang berbeza sedikit daripada biasa yang kita buat kan. Sebab kebiasaannya kita akan menggunakan akar ketumbar untuk mewangikan ikan.

Namun, saya percaya dan yakin setiap orang mempunya citarasa yang berbeza. Dengan resepi yang saya kongsikan ni pun dah boleh hasilkan rasa yang sedap, kalah kedai Thai. Wajib lah cuba dulu untuk rasa.

Kepada yang nak buat ikan siakap stim lemon, boleh follow step by step resepi ni. Seriously, cara nak buat sangat ringkas dan mudah difahami. Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open