Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Nak Buat Ayam Gunting Macam Dekat Pasar Malam. Rangup Di Luar Juicy Di Dalam!

Ayam gunting rangup
0 3,698

Kalau pergi pasar malam memang wajib beli ayam gunting ni. Sebelum ni ada ayam gunting uncle bob je. tapi sekarang ni ada banyak dah nama-nama yang kita dengar dah buat ayam gunting ni.

Apa pun nama dia, setiap kali beli memang tak pernah kecewa. Rasa sedapnya pun sama je. Nak makan waktu sejuk atau waktu panas memang marvellous.

Tapi sejak ada pendemik covid ni, jarang pulak nak keluar ke pasar malam. Eloklah elakkan tempat-tempat yang beresesak dan ramai orang. Jadi, kita buat sendiri je follow resepi daripada Cik Puan Salimah Olie ni.

Kalau dah tahu cara nak buat sendiri, senang lah lepas ni bila rasa nak makan.. terus masuk dapaur dan buat sendiri. Sekejap je nak buat dia dah boleh dapat makan kerup krap ayam goreng gunting ni.

Jom saya kongsikan apa bahan-bahan yang digunakan dan macam mana cara nak buat dengan mudah dan rangup.

 

RESEPI AYAM GUNTING RANGUP

Boleh gunakan bahan yang sama untuk nak buat sotong gunting, udang goreng teoung dan sebagainya. InsyaAllah akan dapat hasil dan rasa yang marvellous.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Isi dada ayam ( leperkan)
  • Tepung serbaguna bestari
  • 1 sud kecil soda bikarbonat
  • Telur
  • Garam

CARA PENYEDIAAN AYAM GUNTING RANGUP :

▶ Mula-mula sekali, sediakan isi ayam bahagian dada. Poting nipis dan leperkan dia.

▶ Gaulkan tepung bestari dengan soda bikarbonat sehingga sekata

▶ Pukul manja telur dan garam.

▶ Golekkan isi ayam dalam tepung. Bahagian depan dan belakang.

▶ Kemudian, celupkan isi ayam dalam telur dan golekkan semua dalam tepung tadi.

▶ Pastikan semua bahagian isi ayam ini bersalut tepung untuk dapatkan hasil yang rangup.

▶ Panaskan minyak yang banyak. Dan goreng ayam sehingga bertukar kekuningan.

▶ Gunakan api yang sederhana sahaja untuk elakkan ayam tak masak dan bahagian luar hangit.

TIP :

▶ Goreng menggunakan minyak yang banyak untuk ayam masak sekata

▶ Bila minyak dah betul -betul panas, perlahan kana pi dan baru masukkan ayam.

BACA JUGA: Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap Dan Awesome! Resepi Simple Nak Buat Rasa Pun Marvellous.

Sedapnya dapat makan ayam gunting ni. Sebelum makan, gunting dulu kepada bahagian yang lebih kecil. Taburkan sedikit lada sulah dan juga serbuk cili jika suka pedas.

Makan macam tu je pun tanpa perasa pun dah sedap tau! Kalau tak nak gunakan serbuk cili, boleh gunakan terus tepung bestari perisa pedas ketika menggoreng.

Kepada yang suka makan ayam gunting ni, bolehlah cuba buat sendiri je. Follow je resepi yang saya kongsikan ni. Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open