Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Sambal Bilis Tempoyak Versi Tumis. Sedap Dan Pedas Terangkat!
Ada dekat sini yang suka makan sambal bilis tempoyak? Siapa orang kampung wajiblah suka makan tempoyak kan. Tak kampung lah kalau tak suka bau tempoyak atau tak makan. Ada yang suka makan tempoyak, buah jering, petai dan sebagainya.
Sebelum ni nak makan sambal tempoyak ni, makan cicah dengan timun atau ulam. Sambal lada tu tumbuk kasar dan gaulkan dengan tempoyak. Nak lebih sedap, goreng ikan kembung, ambik isinya dan tumbuk sekali dengan sambalnya.
Nak makan, gaulkan dengan tempoyak. Makan pula dengan nasi panas-panas. Memang bertambahlah nasi kita jawabnya. Tapi, dalam perkongsian kali ni, saya nak share macam mana nak buat sambal bilis tempoyak yang super sedap.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan SuieSan Aliezsha ni nampak berselera pulak bila lihat pada gambarnya. Dalam resepi ni, kita gunakan ikan bilis goreng garing barulah sedap! Tapi kalau nak guna yang tak goreng sekali pun boleh. Ikut kesesuaian dan selera kita.
Boleh lah cuba buat sambal bilis tempoyak ni dan hidangkan untuk makan tengah hari. Hidangkan untuk keluarga, mesti semua akan suka.
RESEPI SAMBAL BILIS TEMPOYAK
Resepi legend sambal bilis tempoyak ni. Boleh buat banyak-banyak dan simpankan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti. Bila nak makan, sudukan sahaja dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 genggam ikan bilis
- 3 biji bawang besar ( saiz kecil)
- 4 biji bawang kecil
- 5 ulas bawang putih
- 1 keping asam keping
- 10 biji cili padi hijau dan merah
- 3 sudu makan tempoyak
- 20 biji mata petai
- Sos tiram
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS TEMPOYAK :
▶ Mula-mula sekali, basuh ikan bilis, dan goreng garing. Toskan minyak sekejap.
▶ Tumbuk cili api, bawang kecik dan juga bawang putih. Tumbuk kasar je jangan sampai hancur lumat tau.
▶ Hiris bawang besar dan basuh petai. Petai belah 2 ikut mata petai
▶ Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk. Tumis sampai bawang sedikit garing
▶ Kemudian, masukkan sos tiram sedikit dan asam keping. Kacau sampai sebati.
▶ Seterusnya masukkan tempoyak dan kacau lagi. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
BACA JUGA: Nak Buat Ayam Gunting Macam Dekat Pasar Malam. Rangup Di Luar Juicy Di Dalam!
▶ Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng awal tadi.
▶ Gaul sekata semua bahan dan siap untuk dihidangkan!
Sambal bilis tempoyak ni, boleh je nak makan tanpa tumis. Just gaulkan bahan tumbuk dengan tempoyak. Tapi uniknya kali ni kita buat versi tumis yang man bau dia memang mengancam seluruh isi rumah.
Tak perlu makan dengan lauk lain, sebab lauk yang satu ni je pun dah boleh buat kita makan double portion tau! Selamat mencuba semua!