Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Rempeyek Rangup Resepi Sedap Dari Kampung. Suka Makan Buat Kudapan!

Rempeyek Rangup
0 2,816

Ada yang suka makan rempeyek tak? Paling suka kalau ada kacang dan ikan bilis. Kalau nak makan, memang pilih yang banyak 2 bahan ni. Makan pulak rangup-rangup, sebagai kudap-kudapan depan tv.

Tapi sesetengah orang tak suka betul makan rempeyek sebab adanya kacang dan ikan bilis ni. Lain orang lain citarasa dan lain tekaknya kan. Bagi orang macam saya, nak makan rempeyek suka buat sendiri sebab boleh letak bahan ikut suka hati.

Kalau perasan, rempeyek ni ada dua jenis. Satu yang besar dan satu saiz lebih kecil. Dua-dua memang menjadi kegemaran saya sebagai kudapan. Kadang-kadang tak tunggu depan tv, siap buat bekal kalau nak berjalan jauh macam balik kampung.

Yang mana nak cuba buat sendiri, boleh cuba ikut resepi yang saya kongsikan ni. Simple dan mudah nak follow. Orang baru belajar masak pun senang nak faham. Yang penting confirm jadi!

Terima kasih buat Cik Puan Aznor Mustafa sebab sudi kongsikan resepi rempeyek ni. Moga menjadi ladang pahala yang berpanjangan. Aminn.

 

RESEPI REMPEYEK RANGUP

Kalau dulu, rempeyek ni boleh jumpa dalam balang kuih raya je tau. Masih ingat zaman sekolah rendah, susah nak jumpa untuk makan sebagai kudapan. Bila raya je, wajib cari rempeyek ni dulu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kampit kecil tepung beras
  • ½ cawan tepung ubi
  • 5 cawan santan
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu makan air kapur
  • Garam secukup rasa

 

BAHAN TUMBUK KASAR :
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 3 sudu besar jintan manis
  • 3 sudu besar jintan putih

CARA PENYEDIAAN REMPEYEK RANGUP :

▶ Mula-mula sekali, kacau kuning telur sebati. Masukkan garam dan air kapur. Kacau sampai sebati kesemua bahan.

▶ Sementara tu, dalam bekas yang lain satukan tepung beras dan tepung ubi. Gaul dan adukkan sebati.

▶ Masukkan bahan campuran telur tadi ke dalam bekas tepung. Tuang santan dan gaul perlahan.

▶ Akhir sekali, masukkan bahan tumbuk kasar tadi dan juga kacang tanah. Gaul mesra semua bahan.

▶ Sediakan acuan dan panaskan minyak. Bila minyak dah panas, celupkan acuan ke dalam minyak panas, kemudian ke dalam bancuhan tepung. Seterusnya ke dalam minyak panas semula.

▶ Biarkan lama sehingga tepung terpisah daripada acuan. Jika nak masukkan ikan bilis, letak sewaktu dia belum terlepas dari acuan. Biarkan masak sehingga kekuningan.

▶ Angkat dan toskan. Bila dah agak sejuk atau suam, masukkan dalam botol kedap udara.

▶ Siap dan sedia untuk dijadikan kudap-kudapan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Serunding Ikan Guna Ikan Kembung. Tak Sangka Sekali Buat Terus Menjadi!

 

Wah! Ingatkan susah ke nak buat rempeyek ni. Follow resepi Cik Puan ni semuanya nampak mudah dan senang je.  Kalau tak percaya, boleh cuba bila berkelapangan.

Rempeyek ni, bila masih panas saat baru angkat dari kuali, memang belum rangup. Anginkan dia sekejap atau biarkan seketika barulah rempeyek kita akan rangup dan sedap dimakan.

Yang mana nak gunakan resepi rempeyek ini untuk kegunaan perniagaan juga adalah dipersilakan. Cuma doakan tuan punya resepi ini dimurahkan rezeki yang melimpah ruah kerana sudi kongsikan dengan kita semua resepi yang bermanfaat. Selamat mencun buat semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open