Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Keropok Lekor Crispy Guna Ikan Selayang. Buat Sendiri Baru Puas Hati!
Orang Kelantan dan Orang Ganu mesti dah pandai buat keropok lekor sendiri kan? Sedapnya kalau dapat makan keropok lekor panas-panas. Atau keropok losong yang baru siap rebus tu. Fuuh! Makan macam tu tanpa cicah sos pun boleh habis sepinggan tau!
Tapi sekarang ni dah ramai yang tahu tak kisah lah dari negeri mana sekali pun. Dah ada ramai yang kongsikan cara-cara nak buat keropok lekor ni. Sedap tu memang tak payah cakap lah kan.
Nak buat makan petang-petang tu memang sesuai sangat lah nak buat keropok lekor ni. Kalau nak buat keropok lekor ni boleh buat banyak-banyak dan simpankan dalam peti. Petang-petang nak makan, keluarkan dan goreng je.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ila Suhaila ni memang mudah nak follow. Step by step yang dishare ni nampak senang je nak hasilkan keropok lekor.
Jom saya kongsikan resepi keropok lekor yang dikongsikan oleh beliau ni. Macam mana nak buat dan apa bahan yang digunakan.
RESEPI KEROPOK LEKOR CRISPY
Nak buat keropok lekor ni, pastikan guna ikan Selayang lagi sedap dan manis. Cari ikan yang segar-segar tau sebab nanti keropok lekor kita pun sedap je nak makan.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 10 ekor ikan Selayang
- 1 ½ cawan air
- 1 sudu garam
- ½ sudu ajinomoto
- 1 cawan gantum
- 400 gram tepung ubi
CARA PENYEDIAAN KEROPOK LEKOR CRISPY :
▶ Mula-mula sekali, siang ikan, buang semua tulang dan basuh bersih-bersih.
▶ Kemudian, kisar bersama air, garam dan juga ajinomoto. Kisar sampai hancur isi ikannya.
▶ Dah dapatkan texture yang halus, masukkan dalam bekas seperti besen besar supaya mudah untuk kita menguli.
▶ Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Boleh adjust ikut saiz ikan yang kita gunakan. Jika ikan kita besar, lebihkan tepung.
▶ Uli sampai menjadi doh ikan yang sedang sahaja. Jangan terlalu lembik dan jangan pula terlalu keras.
▶ Sediakan talam atau papan. Tabur tepung gandum dan gentl adunan menjadi bulat memanjang.
▶ Ikut saiz yang kita suka. Ada yang suka keropok lekor yang besar dan ada yang suka keropok lekor kecil.
▶ Sementara tu, didihkan air dan masukkan sedikit minyak masak.
▶ Rebus keropok lekor sehingga terapung. Tu tandanya keropok kita dah masak. Toskan seketika.
▶ Potong serong dan boleh goreng dalam minyak panas.
▶ Sedia untuk dimakan panas-panas pada waktu petang.
BACA JUGA: Sambal Bilis Tempoyak Versi Tumis. Sedap Dan Pedas Terangkat!
Siapa yang suka makan keropok lekor ni boleh simpan dulu resepi ni dan buat nanti. Kalau buat banyak, bolehlah sedekahkan kepada jiran-jiran. Mana tahu ada yang suka bolehlah buka jualan pulak. Hehe.
Sharekan dulu perkongsian ni dekat wall facebook korang masing-masing. Senang lah lepas ni kalau nak buat. Semoga perkongsian kali ni dapat memberikan manfaat kepada semua. Selamat mencuba!