Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Biskut Ala Danish Cookies “Cream Cheese Rosette”. Cair Dilidah Dan Pastinya Sedap!

0 922

Ada yang nak cuba biskut raya cream cheese rosette? Jom kita follow resepi biskut raya yang mudah dibuat ini. Biskut ala danish cookies tapi yang ni ada cream cheese. Boleh diperlbagaikan warnanya, ikut citarasa masing-masing.

Teksturnya yang gebu dan mencair dimulut pasti memikat hati anda semua. Jika terasa nak buat resepi biskut raya lain dari yang biasa, apa kata anda ikuti resepi yang dikongsikan hari ini.

Kenalah cuba baru tahu sejauhmana keenakannya. Bahan yang digunakan juga mampu milik dan cara penyediaannya sangatlah mudah. Semudah 6 langkah terhasillah biskut raya “cream cheese rosette” ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Noor Faezah Zaini melalui laman facebooknya. Ada juga yang bertanya, acuan apa yang digunakan? Boleh rujuk pada gambar yang dikongsikan. Seakan acuan kuih semperit atau acuan kuih dahlia.

Penggemar cream cheese wajib cuba resepi ni. Untuk mencantikkan lagi biskut ini, penggunakan coklat rice diperlukan untuk ditaburkan dibahagian atas biskut. Barulah cantik dan menarik.

 

RESEPI CREAM CHEESE ROSETTE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan biskut raya ini. Persediaan idea resepi biskut raya haji pula.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 100gm Tatura butter
  • 50 gm cream cheese (apa-apa jenama)
  • 70 gm gula castor
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu susu pekat
  • Esen vanilla
  • 100 gm tepung gandum
  • 45 gm tepung jagung
  • 15 gm nestum (kisar halus)
  • Coklat rice (untuk hiasan)
  • Pewarna biru

CARA PENYEDIAAN CREAM CHEESE ROSETTE :

▶️ Campurkan butter, cream cheese, gula castor, kuning telur, susu pekat, esen vanilla dan pukul manja sehingga semuanya sebati.

▶️ Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan pula nestum dan gaul sebati.

▶️ Masukkan tepung jagung yang diayak tadi. Gaul rata dan sebati.

▶️ Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut.

▶️ Picit dalam noozle sampai habis semua doh dan bakar selama 25 minit pada suhu 160C. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Marvellous. Tahan Lama Dan Yang Paling Penting Sedap Sangat!

 

Siap dibakar, biarkan ia sejuk secara semulajadi sebelum dimasukkan dalam balang biskut rasa. Biskut ini gebu dan anda perlu susun dengan lebih berhati-hati supaya tidak hancur.

Banyak sangat resepi biskut raya sekarang ni, dan masing-masing mempunyai keenakannya yang tersendiri. Memandangkan dah nak lockdown, duduk rumah dan masing-masing beringat untuk elakkan diri dari keluar sesaja.

Harap-harap covid berakhir sebelum raya haji. Bolehlah sambut raya haji bersama keluarga. Rasa rindu kat keluarga, masing-masing juga berdoa kita bebas dari covid-19. Semoga resepi cream cheese rosette ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open