Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Kerabu Kaki Ayam Yang Sedap Dan Awesome! Resepi Simple Nak Buat Rasa Pun Marvellous.

Kerabu kaki ayam
0 2,228

Ada yang suka makan kerabu kaki ayam? Ada banyak kerabu yang ada dan boleh kita buat. Cuma kalau dapat makan kerabu kaki ayam ni, memang sedap dapat makan macam tu je. Tak perlu makan nasi pun tak apa.

Tak semua orang suka makan kerabu kaki ayam ni. Biasanya kalau di kampung, kerabu kaki ayam ni salah satu resepi mak nenek kita je. Yang muda belia tak biasa makan dan tak rasa. Tapi kalau dah rasa confirm jatuh cinta!

Kalau ada kaki ayam, paling sedap buat kerabu macam ni. Ada yang suka buat sup kaki ayam. Ada juga yang suka buat kari. Masak lama-lama sampai isi kaki ayam tu lembut je. Sekali sedut pun bolehtertanggal isi kaki ayam ni.

Alang-alang ada kaki ayam dalam peti, bolehlah cuba buat Kerabu Kaki Ayam ni. Kalau sebelum ni, ingatkan susah nak buat kerabu ni dengan pelbagai bahan-bahan yang digunakan. Tapi bila jumpa resepi daripada Cik Puan Ninie Zaini ni nampak macam mudah je pulak.

Resepi ni memang simple sebab kita gunakan apa bahan yang ada dan mudah nak dapat dekat Kawasan kita. Jom saya kongsikan cara-cara nak buat dan apa bahan yang digunakan.

 

RESEPI KERABU KAKI AYAM

Siapa yang suka makan kerabu, wajib cuba makan dan buat kerabu kaki ayam ni. Try buat sekali, mesti akan suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Kaki ayam
  • 3 Biji Tomato
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Batang Serai
  • 1 Kuntum Bunga Kantan
  • Daun ketumbar
  • 2-3 Biji Cabai Vietnam
  • 2-3 Biji Cabai Kampung
  • 1 Biji Buah Pelam
  • Sedikit suhun
  • 2 Biji Limau Nipis
  • Garam halus
  • Gula
  • Sos Ikan

CARA PENYEDIAAN KERABU KAKI AYAM :

▶ Mula-mula sekali, basuh besih kaki ayam. Rebus sampai empuk dan lembut.

▶ Dah lembut, asingkan isi kaki ayam dengan tulang keras. Asingkan sekejap.

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Samperit Klasik Untuk Raya. Buat Sendiri Makan Sekarang Pun Boleh!

▶ Kemudian, hiris nipis tomato, bawang besar, serai, bunga kantan, daun ketumar, cabai vietnam, cabai kampung dan juga buah pelam.

▶ Masukkan dalam bekas. Rendam sedikit suhun dan masukkan sekali dalam bekas ye. Perah jus limau nipis.

▶ Kemudian, masukkan bahan perasa garam, gula, serbuk perasa, dan juga sos ikan. Gaul semua bahan sampai sekata.

▶ Bila semua bahan dah sebati. Siap dan boleh dihidangkan!

Mudah kan nak buat kerabu kaki ayam yang sedap ni. Kepada yang belum pernah cuba, memang wajib buat sekali sekala.

Nak-nak pula kalau rumah kita ada mak ayah atau mak ayah mertua cubalah hidangkan. Mesti mereka suka.

Save dulu resepi ni dekat wall masing-masing. Senang nak rujuk bila nak buat nanti. Dan mana tau ada yang dapat manfaat dari perkongsian kita tu kan.

Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open