Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cucur Udang Ikan Bilis Yang Rangup Dan Sedap! Kekal Rangup Walaupun Sudah Sejuk!

0 3,645

Dah masuk waktu petang, mula terfikir nak masak apa untuk hidangan minum petang nanti. Sekejap buka peti, sekejap buka tempat tepung. Tengok apa yang boleh dibuat.

Biasanya kita buat bneda paling mudah dan simple je lah. Tapi yang paling penting paling sedap rasanya!  Maka, cucur lah jawapan yang paling sesuai.

Walaubagaimanapun, cucur ni ada banyak jenis. Ada banyak perasa dan ada banyak cara nak buat. Ada juga instant punya tepung yang dijual di kedai. Balik rumah, tinggal nak bancuh dengan air je! Mudah kan?

Nak makan cucur ni, ada beberapa perisa yang boleh kita gunakan sebagai pencicah. Antaranya, sos cili, salmbal ikan bilis, sambal sardine ataupun kuah gulai lauk tengah hari tadi. Sama ada kuah kari atau masak lomak cili api!

Resepi cucur udang ikan bilis ni, adalah hasil resepi daripada Cik Puan Fazreen Saini kita ni. Bila kita buat step by step yang diajar, rasa dia memang marvellous! Korang wajib cuba  okay!

 

RESEPI CUCUR UDANG IKAN BILIS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas mendidih
  • 8 ekor udang saiz sederhana (lumur dengan kunyit)
  • Setengah genggam ikan bilis
  • Lobak merah (disagat)
  • 3 batang kacang panjang (jika suka)
  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • Cili api (jika suka pedas)
  • Sedikit daun sup dan daun kucai
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit maggi secukup rasa

CARA PENYEDIAAN CUCUR UDANG IKAN BILIS :

▶ Dalam satu mangkuk, masukkan kesemua bahan kecuali air panas mendidih. Gaul rata.

▶  Kemudian masukkan air panas mendidih sedikit demi sedikit sehingga adunan digaul sebati. Jangan bancuh tepung terlalu cair, nanti ‘makan minyak’.

▶  Tujuan masukkan air mendidih sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tepung berketul.

▶  Panaskan minyak dalam kuali. Menggunakan sudu, cedok adunan dan goreng. Cucur saiz kecil lebih rangup, cantik dan tak muak untuk dimakan. Goreng cucur dengan api sederhana.

▶  Masak sehingga keperangan, kemudian terbalikkan.

▶  Angkat dan toskan cucur yang telah masak dengan berlapikkan tisu.

▶  Cucur siap dihidang bersama sos kesukaan.

BACA JUGA: Cara Buat Makaroni Bakar Simple Terlajak Sedap! Sekali Cuba Jer Resepi Ni Memang Menjadi Sedap Marvellous!

TIP NAK BUAT CUCUR UDANG NI :

▶  Terus Goreng Lepas Bancuh, jangan tunggu sehingga bancuhan sejuk.

▶  Guna air panas mendidih. Jangan guna air panas biasa contohnya dari penapis air tu, cucur tidak akan rangup malah cucur mungkin liat atau keras.

▶  Begitu juga dengan teknik menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas masa nak masukkan adunan.

Senang je kan nak buat dia. Dan rupanya baru tahu cara atau Teknik rahsia nak dapatkan cucur yang kekal rangup bila nak makan. Selama ini dah banyak kali cuba, tetap tak menjadi.

Bila ada resepi cucur udang ikan bilis yang dikongsikan macam ni, jadi senanglah kita nak buat dan pelajari secara praktis. Kalau yang mana baru kahwin nak hidangkan untuk suami, boleh cuba buat cucur udang ikan bilis ni dulu.

Mana tahu sedap dan dia suka, jadi bolehlah buat selalu cucur udang ikan bilis yang rangup ni. Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open