Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Bakar Paling Mudah Dan Sedap. Perap Lama Sikit Lagi Marvellous!

0 519

Hujung minggu ni nak masak apa? Jom buat ayam bakar? Mudah je nak buat. Bakar atas dapur pun boleh. Tak payah beria guna arang atau oven. Meh kita tengok resepi ayam bakar paling mudah dan sedap ni.

Seperti yang kita tahu, ayam bakar yang sedap bergatung dengan bahan perapannya. Korang biasa perap ayam guna apa? Letak sos je ke? Nak lagi sedap kena buat rempah sendiri. Tak guna banyak bahan pun.

Pastikan korang perap ayam tu lama sikit supaya meresap ke bahagian dalam. Barulah rasa nikmat nak makan nanti. Buat sekali sos tomato atau cili kicap. Fuhhh! Perfect hidangan ayam bakar kita.

Korang pernah tak try resepi ayam bakar yang dikongsikan oleh Kak Ina? Nampak menarik! Texture ayam bakar sangat juicy. Yang tak suka makan ayam bakar bahagian isi, korang bakar bahagian kepak je.

Resepi ni sesuai juga untuk korang yang takde oven atau tak reti sangat nak bakar ayam guna oven. Masak kat atas dapur pun boleh. Yang penting rasa ayam bakar ni sedap dan pasti nak lagi.

 

RESEPI AYAM BAKAR

Peminat ayam bakar kena save siap-siap resepi ni. Boleh try masak kat rumah nanti. Jom kita lihat satu persatu bahan dan cara penyediaan ayam bakar ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam
  • 2 labu bawang putih (ditumbuk)
  • 2 buku Halia besar (ditumbuk)
  • 3 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Sos ikan
  • 3 sudu tumbuk Lada hitam
  • Lada sulah/ perasa
  • Kicap manis agak-agak
  • 3 sudu besar minyak

 

Bahan-bahan untuk sos tomato :
  • Cili padi campur cili besar tumbuk dan kasar-kasar
  • Air asam jawa
  • Air limau nipis
  • Gula kabung sekeping (tumbuk dengan cili tadi)
  • Belacan bakar sikit
  • Tomato potong kecik
  • Sos ikan sikit

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR DAN SOS TOMATO : 

▶️ Satukan semua bahan perapan dengan ayam.

▶️ Gaul semua bahan dan perap 3 jam (Lagi lama perap, lagi sedap).

▶️ Gaul semua dan letak perasa.

▶️ Bakar ayam atas dapur guna pan sampai masak.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Buat Muffin Coklat Chip Tanpa Mixer Dan Tanpa Blander. Resepi Simple Dan Sangat Mudah. Anak-Anak Pun Suka!

 

Simple kan! Tak perlu sedia arang dan bakar ayam depan rumah. Kat dapur gas pun boleh bakar-bakar. Texture ayam pun sedap macam ayam bakar guna arang dan oven tau!

Sebelum ni aku tak reti nak bakar ayam, ikan atas dapur. Lepas dah banyak baca resepi dan belajar masak. Eh, sampai terung pun aku bakar atas dapur gas je. Dah bakar buang kulit and goreng celup telur. Sedap tau! Next time aku share kat korang.

Terima kasih diucapkan kepada Kak Ina kerana sudi berkongsi resepi ayam bakar yang mudah di buat dan sedap di makan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open