Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Chicken Chop Homemade Yang Rangup Dan Juicy. Ala-Ala Makan Di Restoran Hasilnya!

0 1,206

Suka makan chicken chop? Apa kata kita ikuti resepinya disini pasti lebih puas hati. Ala-ala makan di restoran hasilnya. Seperti yang kita tahu chicken chop merupakan hidangan barat yang menggunakan chicken boneless leg sebagai bahan utamanya.

Chicken chop adalah hidangan isi ayam yang boleh digrill atau digoreng rangup, dicurahkan sos lada hitam dan dihidangkan bersama sayur coleslaw dan juga kentang goreng. Tidak lupa juga sos keju dan mayonnaise sebagai pelengkap rasa.

Hidangan ini sesuai dimakan oleh semua golongan dari anak-anak sehingga mereka yang berusia. Selain terjual di restoran dan cafe ada juga yang menjualnya dipasar malam. Resepi ini juga boleh dilengkapkan dengan sayuran seperti brokoli rebus.

Hidangan ini juga lengkap dengan sumber protein, karbohidrat dan serat. Sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan nasi. Jom kita ikuti perkongsian resepi chicken chop dari seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Erma Azizie

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Hasilnya lebih puas hati. Sebab anda boleh menghasilkan chicken chop tak kurang sedapnya macam makan di restoran dengan kos yang lebih murah.

 

RESEPI CHICKEN CHOP HOMEMADE

Sos lada hitam juga dibuat sendiri. Dimana mushroom sup Campbell’s tin atau serbuk akan dibancuh dengan air dan dicampur dengan sos cili dan sos black pepper. Sangat sedap hasilnya bila digabungkan dengan mushroom sup Campbell’s ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk ayam goreng :
  • 4 ketul Ayam boneless leg (ayam chicken chop)
  • 4 sudu besar tepung bestari spicy
  • 1 cawan tepung bestari original
  • 1 cawan bread crumb

 

Bahan untuk sos black pepper :
  • Setengah tin mushroom sup Campbell’s/ 2 paket musdroom sup kotak
  • 1/3 cawan sos black pepper
  • 1/2 cawan cili sos
  • 1 cawan air

Bahan untuk coleslaw :
  • Carrot (dipotong halus)
  • Kubis (dipotong halus)
  • Mayonnaise
  • 1 sudu susu pekat (rahsia untuk coleslaw sedap)

Bahan lain :
  • Goreng kentang (fries)
  • Sos cheese (Jenama swiss bear)

CARA PENYEDIAAN CHICKEN CHOP :
Cara penyediaan ayam goreng :

▶️ Perap ayam dengan tepung bestari spicy lebih kurang 5 minit.

▶️ Lumurkan ayam yang dah diperap tadi dengan campuran tepung bestari campur bread crumb.

▶️ Goreng dalam minyak penuh guna kuali pemanggang ajaib supaya masak sekata dan dalam ayam tu lebih juicy. Tutup kuali dan sentiasa tengok supaya tak hangus.

Cara penyediaan sos black pepper :

▶️ Campurkan 1/3 cawan sos black pepper dan 1/2 cawan cili sos.

▶️ Setengah tin mushroom sup Campbell’s atau 2 paket musdroom sup kotak dibancuh dengan air, ada tekstur biji-biji tu sebab ada krouton.

▶️ Masak semua ni atas api sampai memekat. Siap!

Cara penyediaan coleslaw :

▶️ Adun semua bahan carrot, kubis, mayonnaise dan susu pekat. Susu pekat adalah rahsia coleslaw jadi sedap.

Cara hidangan chicken chop : 

▶️ Masukkan ayam dalam pinggan, diikuti dengan kentang goreng, coleslaw dan dicurahkan sos black pepper juga sos keju dan mayonnaise. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Dumpling Ayam Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Nak Goreng Atau Nak Kukus Pun Boleh!

 

Siap untuk dihidang! Gabungkan semua hidangan dalam satu pinggan dan sediakan garfu dan pisau. Wow! Ala-ala makan di restoran hasilnya. Rugi sangat tak cuba lebih jimat dan lebih sedap hasilnya.

Kalau makan di restoran yang menghidangkan masakan ala barat, pasti chicken chop menjadi pilihan anak-anak anda. Sesuai buat anak-anak kerana ayam yang digunakan untuk chiken chop ini adalah bahagian kaki ayam tanpa tulang.

Lepas ni kalau anak-anak nak makan chicken chop, apa kata buat secara homemade. Semoga resepi chicken chop homemade ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open