Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Mee Hailam Yang Sedap Dan Marvellous! Resepi Simple Dan Ringkas Untuk Minum Petang!

0 10,422

Sekarang ni banyak betul jenis masakan berasaskan mee kan. Ada mee goreng, mee kari, mee ladna, mee hailam dan macam-macam lagi lah yang ada. Tapi kadang-kadang bila dah suka satu menu tu, takut pulak nak cuba menu lain kan.

Dalam perkongsian kali ni, saya akan sharekan macam mana cara nak buat mee hailam yang paling simple tapi rasa dia serious sedap!

Kalau selama ni kita asyik buat mee goreng je, atau mee kari je bolehlah kali ni kita buat mee hailam pulak.  Menu ni memang korang cuba kalau jadikan mee untuk sebagai bahan utama.

Kebetulan jumpa resepi dari Cik Puan Yaya kita sorang ni yang sharekan bagaimana dia buat mee hailam yang sedap dan  padu rasanya.

 

RESEPI MEE HAILAM

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 biji Bawang besar – dikisar
  • 10 biji Cili kering – dikisar
  • 5 ulas Bawang putih – dikisar
  • 1 bungkus Mee kuning – dicuci bersih
  • 2 sudu Cili sos
  • 2 sudu Cili sos tiram
  • Kicap manis
  • 2 sudu Kicap mee
  • Kiub ayam
  • 1 sudu Lada hitam
  • Sayur sawi
  • Daging – direbus lembut
  • Air rebusan daging
  • Fish cake

CARA PENYEDIAAN MEE HAILAM :

▶ Rebus daging sampai lembut. Ketepikan dan air rebusan disimpan untuk buat kuah

▶ Tumis bahan kisar – bawang besar, bawang putih dan cili kering

▶ Masukkan daging yang dah direbus lembut tadi – saya pakai noxxa je, cepat sikit!

▶ Masukkan fish cake kemudian tambah air rebusan daging

▶ Masukkan kicap mee, kicap manis cap kipas udang, sos cili, kiub ayam dan perasa.

▶ Masukkan lada hitam yang ditumbuk hancur – Jangan banyak sangat!

▶ Masukkan mee dan sayur sekali gus. Gaul rata.

▶ Kalau nak kuah banyak, lebihkan air rebusan tadi. Okay dah siap! Selamat Mencuba!

BACA JUGA: Cara Masak Ayam Masak Kicap Pedas Versi India. Resepi Ringkas Tapi Serious Padu Makan Dengan Nasi Putih Jer!

Waah! Sepantas kilat pun boleh siapakan  resepi mee hailam ni jika ada yang bertandang. Kalau rasa rushing tak sempat nak masak tu. Boleh cuba buat resepi dan menu ni.

Simple dan sedap betul rasanya.

Mee hailam ni sesuai juga dimakan pada waktu tengah hari atau pada waktu malam hari. Ada pelbagai versi  cara nak buat mee hailam ni. Paling best, sekali ni kita buat ramai yang sukakannya!

Bukan untuk orang baisa je, untuk yang diet pun boleh untuk rasai kekeknyangan dengan hidangan makan mee hailam ni. Sedapnya memang tak terkata!

Untuk yang baru nak belajar buat mee hailam yang sedap ni memang dicadangkan untuk follow resepi yang saya kongsikan di atas ni. Senang dan simple dan rasa yang sedap!

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open