Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Getas Untuk Minim Petang. Makan Panas-Panas Memang Sedap!
Ada yang panggil kuih ketas, ada yang panggil kuih getas, ada jugak yang panggil gegatas. Apa pun namanya kuih ni memang sedap di makan panas-panas. Jom follow resepi kuih getas ni kat sini. Buat dulu adunan, nak makan nanti baru goreng.
Kuih getas ni di masak menggunakan tepung pulut, tepung gandum dan ada campuran kelapa parut di dalamnya. Lepas digoreng di salut pulak dengan masakan zira gula. Dulu kecik-kecik kuih ni favourite aku ye.
Dah lama rasanya tak makan kuih ni. Dah duduk jauh dari kampung susah pulak nak jumpa kuih ni orang jual. Rata-raya tempat susah nak jumpa. So, nak tak nak Kalau tekak nak makan, kena la buat sendiri kat rumah.
Resepi kuih getas ini telah di kongsikan oleh seorang penggunaan Facebook iaitu Cik Puan Rokiah Abdullah. Sesuai sangat dijadikan menu minum petang sekeluarga. Korang nak makan untuk breakfast pun boleh.
Adun siap-siap kuih ni waktu malam, Esok pagi tinggal goreng je. Kena pandai adjust part sira gula tu ye. Kalau tak kuih ni akan terlebih manis. Ngilu pulak gigi makan kuih ni nanti. Sekali sekala makan takpe la kan.

RESEPI KUIH GETAS
Dulu hampir setiap hari aku beli kuih getas ni. Sekarang ada masa free baru boleh buat. Dulu kat tempat aku ada je jual setiap pagi. Sekarang dah takde. Jom tengok step penyediaannya kat bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2cwn tepung pulut
- 1/2cwn tepung gandum
- Sebiji kelapa parut putih
- Sedikit air garam
- Air sckupnya
- Kelapa parut lebih
Bahan untuk sira gula :
- Air 1/2cwn
- Gula 1/2cwn (Boleh adjust)
CARA PENYEDIAAN KUIH GETAS :
▶️ Gaul semua bahan hingga menjadi doh
▶️ Kemudian, boleh bentukkan.
▶️ Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuning sikit terus angkat dan toskan.
▶️ Untuk sira, panaskan air dan masukkan gula.
▶️ Biar menggelegak pekat baru masuk kuih yang dah di goreng tadi. Bab ni kena jaga, terlebih gula akan jadi keras.
BACA JUGA : Resepi Rendang Cili Hijau Ayam Pencen. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Kat atas pun dah mention, kena pandai adjust gula. Sebab bila kuih ni terlebih gula, tekstur kuih akan berubah jadi keras. Korang nak ganti dan gaul dengan gula castor pun boleh.
Tak susah mana pun kan buat kuih getas ni. Ikut sukatan betul baru elok kejadian kuih getas kita. Hujung minggu ni kalau dah takde idea nak buat kuih, boleh la cuba buat kuih getas ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rokiah Abdullah kerana sudi berkongsi resepi kuih getas yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!