Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sup Tulang Thai Ala Kedai Makan. Sesuai Sangat Buat Hidangan Makan Malam!

0 25

Lama pulak tak makan sup tulang kat kedai siam. Sup tulang kat kedai siam memang sedap ye. Ngam dengan rasa tekak aku. Dah balik kampung ni, kena la masak sendiri dan cari resepi kat Facebook. Finally, jumpa jugak resepi sup tulang Thai yang sedap ni.

Sup tulang ni nak makan malam ke, siang ke sedap aje. Layan dengan sambal kicap lagi sedap. Jangan lupa perah limau sekali. Sedap memang tak terkata. Makan kat rumah lagi senang kan. Nak pegang pakai tangan tulang tu pun boleh. Tak malu macam makan kat kedai.

Nak bagi daging empuk dan lembut mudah je. Boleh masak sup tulang dalam rice cooker. Kalau yang ada noxxa ke, pressure cocker ke lagi syok. Senang kerja-kerja nak lembutkan daging ni. Takde la spoil mood time makan nanti.

Resepi sup tulang Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yati Nurhayati. Sangat menggoda sup tulang ni. Tu yang buat aku tak sabar nak masak kat rumah. Kalau dah cun masak sup ni, mesti aku tak makan kat luar lagi.

Sup tulang ala Thai ni di masak menggunakan pes sup Thai Abadi. Kat bawah adam gambar pes ni. Nanti korang boleh tengok dan beli kat pasaraya. Masak sendiri sup tulang lagi puas hati. Ramai tau orang masak sup guna pes ni.

 

RESEPI SUP TULANG THAI

Masak sup ni memang berbeza setiap orang. Ada yang masak dengan banyak rempah, ada yang tak. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sup tulang Thai ni. Step memasak seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Tulang (Boleh campur sedikit daging)
  • Rempah sup tulang bunjut
  • Pes Thai adabi
  • Ubi kentang
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun ketumbar dan saderi (penting)
  • Gula, garam, perasa (jika perlu)

 

Bahan tumis : 
  • Bawang besar/merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Ubi kentang (nak msukkan sekejap time tumis pun boleh, tak nak pun takpe)

*Tumis sehingga garing kekuningan.

CARA PENYEDIAAN SUP TULANG THAI :

▶️ Rebus tulang bersama rempah sup bunjut dan halia sehingga empuk. Buang air rebusan pertama ni.

▶️ Masukkan air baru, masukkan pes, daun ketumbar bersama akarnya, saderi, bawang besar 1 biji di belah 4 dan ubi kentang.

▶️ Masukkan pulak bahan tumis. Selepas masukkan semua bahan, biarkan sup menggelegak dan sebati.

▶️ Kemudian, masukkan garam, gula, perasa (jika perlu)

▶️ Nak makan boleh la letak daun sup bawang, bawang goreng, cili potong dan limau nipis.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Getas Untuk Minim Petang. Makan Panas-Panas Memang Sedap!

 

Resepi ni takde sukatan tepat pun. Boleh adjust ikut kuantiti dan citarasa tekak masing-masing. Yang teringin nak makan sup tulang Thai, boleh la cuba resepi ni. Bahan memasak yang biasa kita gunakan kecali sup perencah siam ni.

Harga makanan sekarang dah makin mahal kan. Semangkuk sup tulang pun boleh tahan mahalnya. Tak puas makan pulak tu. Lauk ni hidang waktu malam time hujan-hujan memang terasa nikmatnya. Boleh hangatkan badan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Yati Nurhayati kerana sudi berkongsi resepi sup tulang Thai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open