Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Makan Tauhu Berlauk, Wajib Ada Sambal Kicap. Hidangan Ringkas Minum Petang!
Lama juga tak makan tauhu berlauk dengan sambal kicap ni kan. Jangan keliru tau, tauhu berlauk dengan tauhu bergedil adalah dua makanan yang berbeza tau. Dan kedua-duanya punya rasa tersendiri yang sedap!
Memang tak sahlah makan tauhu sumbat ni tanpa sambal kicap ni. Bila digabungkan barulah ada surrr, bak kata orang. Kalau makan confirm tak cukup sekadar seketul dua.
Resepi daripada Cik Puan Ariana Sofia Ahmad ni kan memang detail dan lengkap. Tak susah nak buat kalau ikut sebijik-sebijik macam apa yang dikongsikan.
Apa yang membezakan tauhu bergedil dengan tauhu berlauk adalah dua bahan sahaja yang boleh saya keluarkan daripada resepi di bawah ini. Iaitu tauhu putih dan juga tofu telur. 2 bahan ni memang tidak digunakan dalam tauhu bergedil.
Makanan macam ni biasanya tidaklah dijadikan sebagai lauk kepada hidangan nasi. Tapi ia lebih dijadikan sebagai makanan ringan untuk hidangan petang.
RESEPI TAUHU BERLAUK DENGAN SAMBAL KICAP
Bagi masyarakat Johor, sambal kicap sememangnya wajib ada kalau nak makan makanan simple-simple macam ni. Pisang goreng, ubi goreng, sukun goreng yang mana biasanya ia dimakan begitu sahaja tapi tidak bagi orang Johor.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN TAUHU BERLAUK
- 2 ketul isi ayam
- 4 ketul tauhu putih
- 4 tiub tofu telur
- 4 biji telur
- 1 batang lobak merah ( hiris halus)
- 4 batang daun sup (hiris halus)
- 3 batang daun bawang (hiris halus)
- 3 biji bawang merah (cincang halus)
- 2 biji cili padi ( hiris halus )
- 2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil ajinomoto
- 1 kiub pati ayam
BAHAN CELUP :
- 2 biji telur
- Sedikit garam
BAHAN SAMBAL KICAP :
- 1 cawan kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 8 biji cili api
- 4 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN TAUHU BERLAUK SAMBAL KICAP :
▶ Mula-mula sekali, kisar isi ayam, tauhu putih, tofu telur dan juga telur. Kisar sampai ianya betul-betul hancur.
▶ Masukkan dalam mangkuk dan campur denga semua bahan yang lain tadi. Daun sup, daun bawang, lobak merah, bawang, cili dan segala jenis perasa.
▶ Gaulkan semua bahan jadi sebati begini. Adunan tidak terlapu pekat dan tidak juga terlalu cair.
▶ Sediakan loyang, Alaskan dengan plastic supaya mudah dikeluarkan nanti. Tuang adunan dan hentakkan sedikit supaya mampat.
▶ Kukus tauhu sampai dia masak. Anggaran dalam 25 hingga 30 minit
▶ Bila dah masak keluarkan dari loyang. Sejukkan terlebih dahulu barulah dpotong. Kalau potong ketika masih panas, nanti hancur
▶ Tauhu dah sejuk potong kepada saiz yang kita mahukan. Tidak mahu besar sangat dan tidak juga terlampau kecil.
▶ Kocak telur dengan sedikit garam untuk celup tauhu.
▶ Panaskan minyak, celup tauhu dan goreng dengan minyak yang panas. Bila dah kekuningan, terus angkat dan toskan.
▶ Dah siap tauhu berlauk kita. Jom buat kuah kicapnya pula.
▶ Kisar cili padi, bawang putih, sos tiram, dan kicap. Kisar sampai hancur tau. Jika nak extra pedas, tambahkan cili.
▶ Dah siap kisar, tuangkan dalam mangkuk dan sedia dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Ayam Grill Dengan Isi Lembut Dan Kekal Juicy. Follow Tip Ini!
Simple dan mudah sahaja nak hasilkan tauhu berlauk dengan sambal kicap ni. Saya yakin kalau buat untuk hidangan petang, confirm akan habis licin semuanya.
Sesekali nak ubah selera, bolehlah cuba buat. Nak-nak lagi bila ada mak dan ayah bersama. Cicah sambal kicap ni, mesti mereka akan suka.
Kepada yang nak buat tauhu berlauk ni, saya ucapkan selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan perkongsian di di wall korang. InsyAllah lebih ramai yang boleh dapat manfaat yang sama!