Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Manis Versi Stick. Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Memang Sedap!
Sebelum ni buat cucur manis bulat je kan? Mesti tak menjadi bulat elok. Stress pulak cucur tak cantik! Jom kita buat cucur manis versi stick ni. Cucur ni viral tau. Cantik je kejadiannya. Sesuai untuk korang yang tak reti buat cucur bulat. Cucur ni pun sedap. Rangup di luar dan lembut di dalam.
Hidang untuk minum petang dengan anak-anak, confirm diaorang berebut dibuatnya. Memang korang akan teruja dengan hasil cucar manis versi stick ni. Terbentuk elok! Korang nak frozenkan pun boleh. Bila-bila nak makan, tinggal keluarkan je dari peti dan goreng.
Resepi ni juga sama dengan cucur manis biasa yang tidak menggunakan banyak bahan. Yang membezakannya adalah tekstur adunan. Adunan cucur ni dibuat menjadi doh, supaya mudah nak gulung dan potong nanti. Nak mudah, korang boleh gulung adunan tepung atas dulang panjang.
Yang syoknya, korang tak perlu basahkan tangan dengan air atau minyak sebab adunan tak melekat pun kat tangan. Kalau nak tahu cara nak buat cucur ni, korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Fee Sha Taa Hir ni. Confirm menjadi!
Cucur ni kena di goreng guna api sederhana ye. Tak boleh perlahan, sebab nanti cucur korang jadi hancur. Korang kena goreng guna api sederhana je, memang cantik kejadiannya. Kalau kuat pula, takut tak masak tepung kat bahagian dalam tu nanti.
RESEPI CUCUR MANIS VERSI STICK
Sebelum nak mula memasak, korang kena take note. Nak dapatkan teksture adunan yang cantik, korang kena guna tepung gandum cap bunga Ros Merah. Sebab kalau guna tepung lain, memang tak jadi. Adunan jadi lembik je nanti. Jom lihat satu persatu bahan-bahan kat bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan tepung gandum (Cap Bunga Ros Merah)
- 2 cawan air
- 3 sudu gula
- 1 sudu minyak masak
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN CUCUR MANIS VERSI STICK :
▶️ Didihkan air bersama gula, minyak dan garam.
▶️ Masukkan ke dalam tepung gandum. Gaul sebati dan biarkan sejuk seketika.
▶️ Bentukkan dan goreng dengan api sederhana hingga garing.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Roti Garlic Cheese Leleh Homemade. Anak-Anak Mesti Suka. Bolehlah Buat Breakfast Nanti!
Simple, mudah dan sedap! Makan panas-panas waktu petang memang syok sangat. Jangan lupa sedia kopi or tea barulah best minum petang korang nanti. Hari ni kan hujung minggu, mesti korang plan nak minum petang dengan keluarga. So, apa tunggu lagi. Buat je cucur ni. Senang!
Ha, saya lalu kat wall Facebook Cik Puan Fee Sha Taa Hir, nampak ada lagi satu resepi cucur sotong. Yang uniknya, cucur tu bukan guna sotong tau. Tapi guna sosej. Bentuk cucar tu je nampak macam sotong. Macam boleh try je nanti. Okey next time kita cuba okey.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi cucur manis versi stick ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa save siap-siap. Selamat mencuba!