Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Garlic Cheese Leleh Homemade. Anak-Anak Mesti Suka. Bolehlah Buat Breakfast Nanti!

0 319

Hujung-hujung minggu mesti semua mak-mak semangat nak buat breakfast kan. Tak kerja lah katakan. Apa kata korang buat roti garlic cheese leleh homemade ni. Tak payah nak uli tepung bagai untuk buat roti. Guna yang dah siap je senang! Jimat pun jimat kan.

Roti yang dah siap tu pun sedap. Rasa lemak-lemak tawar tapi hujung-hujung ada sedikit rasa manis. Dah siap letak cheese dan bakar nanti, mesti korang pun ikut terleleh air liur nak makan. Confirm anak-anak korang suka. Sekali sekala buat breakfast roti pun syok juga kan.

Roti garlic cheese leleh ni juga sesuai di jadikan bekalan anak-anak ke sekolah. Mak-mak yang suri rumah sepenuh masa bolehlah cuba buat kat rumah masa week day. Lagi-lagi untuk korang yang ada anak-anak gemar makan roti. Memang mengenyangkan! Yang penting tak muak.

Tak pernah jumpa lagi roti garlic cheese leleh ni kat bakery. Mungkin ada, tapi tak semua bakery ada jual. Biasanya kalau ada pun mestilah mahal kan. Sebijik pun dalam RM4 macam tu. Lebih elok buat sendiri. 2 bungkus roti, korang boleh dapat 12 biji roti garlic cheese leleh. Jimat banyak!

Mudah je nak buat roti garlic cheese leleh ni, korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Aisyah Humaira ni. Confirm korang suka! Tengok kat gambar pun dah nampak sedap! Puas hati sebab boleh letak banyak cheese ikut kesukaan masing-masing.

 

RESEPI ROTI GARLIC CHEESE LELEH 

So, tak nak buang masa lagi. Mesti ada yang tak sabar nak cuba buat roti ni kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Tak banyak pun, sebab korang akan guna roti yang dah siap. Tak payah nak menguli bagai lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A (untuk inti keju) :
  • 500gm cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat saji
  • 1/2 cawan cooking cream (Optional)
  • 1 biji telur (kuning)
  • 1 sudu besar perahan lemon atau boleh gantikan dengan sunquick kalau tak ada

Bahan B (sapuan butter garlic) :
  • 4 sudu besar butter @ marjerin
  • 6 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu teh parsley kering
  • 2 sudu besar mayonis SAJI Malaysia

** Cairkan butter guna kaedah double boil dan masuk semua bahan berbaki. Kacau sebati dan biarkan beku sedikit atau nak guna ketika cair pun boleh.

CARA PENYEDIAAN ROTI GARLIC CHEESE LELEH :

▶️ Kisar semua bahan A dalam blender, dah siap masukkan dalam piping bag.

▶️ Potong 4 atau 6 roti tanpa putus.

▶️ Paipkan keju ke celah dasar roti yang dipotong tadi.

▶️ Sapukan atau celup roti dengan butter garlic bagi rata keseluruhan roti.

▶️ Bakar selama 10-15 minit dengan suhu 165c atau sehingga sedikit perang.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Lagend Tumis Laksa Terengganu Yang Paling Marvellous. Nak Makan Dengan Nasi Pun Boleh!

 

Kalau buat banyak dan tak habis, korang boleh simpan dalam bekas kedap udara dulu. Malam atau petang karang boleh masukkan dalam microwave dan panaskan bagi cheese cair semula. Baru syok nak makan kalau cheese tengah leleh kan. Silap-silap, boleh habis juga 12 biji roti tu.

Topping cheese kalau ada lebih, korang boleh simpan dalam peti. Esoknya letak atas biskut dan tabur serbuk milo. Fuh! Mantap. Jangan buang ye, sayang cheese tu. Dah lah sedap. Sebelum terlupa, korang kena pastikan masa nak potong roti tu jangan bagi habis. Kalau tak, atas bawah cheese korang meleleh.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi roti garlic cheese leleh homemade ini di Facebook. Ada banyak lagi resepi kuih, biskut raya yang beliau share kat wall Facebook milik beliau. Korang ushalah. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open